DATANG HAID TAPI MENGANDUNG | BUNTING PELANDUK
Assalamualaikum.
Biasanya kita cuma dengar kalau
wanita yang cepat mengandung anak pertama selepas hari perkahwinannya, orang
akan menggelarnya bunting pelamin. Tapi pernahkah awak semua tahu tentang
bunting pelanduk? Pada mulanya, saya juga tertanya-tanya bagaimanakah boleh
mengandung bunting pelanduk itu?
Pertama kali mendengarnya,
apabila umi saya ada menyebut-nyebut tentang bunting pelanduk. Saya bertanya
dia bagaimana boleh terjadi bunting pelanduk? Umi menjawab, istilah bunting
pelanduk tu apabila seseorang wanita itu hamil tetapi masih datang haid/darah
kotor. Terkejut juga saya mendengarnya, bagaimana pula boleh terjadi begitu?
Jawapannya, berkemungkinan semasa mula hamil masih ada saki baki darah kotor yang tertinggal, maka setiap bulan wanita tersebut masih datang haid/darah kotor. Ini cuma andaian orang dulu-dulu. Kalau ada istilah/penjelasan dalam perubatan, mohon komen di ruangan komen ya!😊

Namun, awak semua jangan salah
faham dulu ya!
Rajah pergerakan janin dalam fasa menuju ke kawasan peranakan wanita. |
Wanita yang hamil tetapi masih
datang haid/darah kotor tidak sama dengan wanita yang datang haid/darah kotor
biasa. Wanita hamil ini akan didatangi haidnya hanya untuk jangkamasa terlalu
pendek iaitu 1-3 hari sahaja! Darah yang turun juga memiliki implementasi sangat ringan juga cuma sedikit dan
beberapa tompok (berwarna kecoklatan) sahaja dan haid tersebut tamat dalam
tempoh yang amat singkat.
Mulanya, saya sendiri sukar untuk
percaya hinggalah saya mengalaminya ketika mengandung anak kedua. Saya tidak
menjangka selepas mengalami datang haid/darah kotor yang banyak saya
telah pun mengandung. Kerana tiada alahan mabuk atau loya seperti kebanyakan wanita
hamil yang lain saya langsung tidak mengesyaki apa-apa.
Pada bulan berikutnya, kitaran
haid saya datang lagi dan ia cuma datang dalam jangkamasa terlalu pendek iaitu
sehari dan sangat sedikit, cuma setompok dua darah (berwarna kecoklatan) sahaja.
Pada fikiran saya, mungkin sebab saya stress kerana kerap berulang-alik Kuala Lumpur-Temerloh kerana anak sulung saya, Nabihah dijaga oleh umi saya di sana. Sudahlah setiap minggu saya perlu berulang-alik, malah saya juga terkejar-kejar untuk buat stok lebih kurang 120-130 oz seminggu untuk bekalan susu beku Nabihah.

Susu badan saya mula berkurangan
dan Nabihah mula meragam jika saya menyusukannya secara ‘direct feeding’.
Kebetulan masa tu raya puasa, maka saya sibuk ke sana sini untuk beraya. Pada
saya, mungkin sebab tak berapa nak jaga pemakanan dan kerap juga saya terlewat
makan, maklumlah hari raya dan beraya pula sebelah keluarga mertua. Disebabkan
taknak dikata cerewet saya telan saja makanan apa yang ada semasa di kampung.
Kemudian, bulan seterusnya
kitaran haid saya tiba tetapi saya tidak didatangi haid/darah kotor walaupun
setitik. Hairan juga saya, tapi saya fikir mungkin faktor saya menyusukan
Nabihah. Susu badan saya juga masih berkurangan walaupun sebulan telah berlalu.
Disebabkan rasa sedikit risau, pernah saya minta suami belikan ubat pecah darah
agar saya tidak mengandung terlalu cepat. Tapi, masa tu hati berbelah bahagi
juga nak beli. Suami juga cakap, tak payah belilah ubat tu.
Bulan seterusnya, saya didatangi
haid tetapi cuma 2 hari dan sehari cuma setompok sahaja darah yang ada. Saya
dah mula keliru dan datangnya dalam keadaan serupa main-main. Masa ini, saya pulang ke Temerloh
kerana tiba hari raya Aidiladha. Saya juga rasa tak sedap hati sebab perut saya
kelihatan agak buncit sedangkan saya masih lagi berbarut. Setiap kali berbarut
juga, perut saya pasti berasa senak hingga terpaksa melonggarkan ikatan barut
tersebut dan akhirnya saya malas hendak memakinya lagi.
Kadangkala juga saya terasa
seperti ada benda bergerak-gerak didalam perut. Bila saya ajukan soalan pada
umi saya tentang masalah saya, umi menjawab mungkin cuma angin dalam perut sebab
terlewat makan. Seterusnya, saya kembali ke Kuala Lumpur dan mula
bekerja setelah bercuti beberapa hari.
Ada juga saya bertanya kawan-kawan
sebab risau, perut saya nampak membuncit. Keadaan haid datang tapi sehari dua
saja kemudian tamat. Tak pernah saya mengalaminya sebelum ini. Kawan-kawan
terus mengesyorkan saya membeli pregnancy test dan terus melakukan ujian sekadar untuk memastikan keadaan saya.
Walaupun berat hati untuk melakukan ujian kehamilan, saya perlu juga lakukan
demi kepastian.
Akhirnya, saya beli pregnancy
test dan hasil dari ujian tersebut saya sememangnya telah hamil. Saya terus
rujuk keadaan saya di KKIA berhampiran dan membuat dua kali scan untuk pastikan
umur bayi di dalam kandungan. Ternyata, usia kandungan saya telah menceah 18
minggu!
Saya benar-benar terkejut kerana tidak menyangka saya hamil walaupun haid saya datang setiap bulan. Pada bulan berikutnya, saya masih lagi didatangi haid (tompokan berwarna kecoklatan) dalam tempoh sehari dua.

Pelik tapi benar!
Tidak pernah saya bermimpi untuk
bunting pelanduk seperti ini, kedengaran unik namun, ia merisaukan kerana sukar
untuk pastikan samada saya mengandung atau tidak sedangkan bayi di dalam perut
telah semakin membesar. Jika saya tak melakukan pregnancy test dengan segera dan terasa ada pergerakan dari dalam perut, mungkin hingga kandungan masuk ke trimester ke-3 agaknya baru saya sedar!
Kandungan kedua saya ni juga tidak
terlalu menonjol, perut saya juga tidak begitu kelihatan lebih-lebih lagi
ketika saya duduk di kerusi. Saya pernah ditegur kerana kelihatan berisi
dan gemuk! Saya cuma ketawa dan mengatakan sebenarnya saya mengandung, sudah 7
bulan dan mereka yang bertanya tadi mesti terkejut dan memohon maaf.
Semoga awak semua yang sudi membaca tentang pengalaman saya ini. Semoga juga dapat memberi panduan dan pengajaran kepada kita semua. Hakikatnya, bahaya sebenarnya jika tidak sedar diri sendiri mengandung. Bahaya buat bayi dan juga ibu tersebut kerana sekiranya langsung tidak tahu mengandung selama 9 bulan, mungkin boleh terberanak di mana-mana tempat tidak sepatutnya dan mengundang tumpah darah yang boleh meragut nyawa ibu atau anak atau kedua-duanya!

Sekian.
Ulasan
.hr kedua banyan..hr ke 3 sikit...ke 4@5 xde lgsung...tnda sya pregnt atau n x
hari nie lepas sye mandi ade darah sedikit kuar ..adakah nie nama nya bunting pelanduk
.
Bunting pelanduk ni: setiap bulan awk akan dtg spotting(tompokan darah kecoklatan) pd tarikh haid awk shj & pd ms tu awk memang sdg preggy. Sbb tu x akan dpt dijangka yg seseorang tu mengandung pd awal kehamilan.