JIRAN YANG SUKA MENYAKITI HATI JIRAN LAIN ANTARA GOLONGAN BAKAL KE NERAKA

Assalamualaikum.

Saya nak tanya siapa antara awak semua yang ada masalah dengan jiran tetangga?

Tentu ada segelintir dari kita yang mengalami masalah dengan jiran tetangga termasuklah saya sendiri! Jiran ini bermaksud orang yang tinggal berhampiran dan berada di kiri, kanan, hadapan dan belakang kita. Malah, boleh jadi jiran setingkat atau jiran setaman. Baiklah, saya nak kupas sikit isu jiran ini memandangkan ramainya jiran yang suka menyakiti hati jirannya yang lain. Bukan kali ini saja saya menemui jiran sebegini, malah telah berkali-kali sejak saya kecil lagi.

Biasanya, jika kita tidak pernah menyakiti hati jiran tetapi jiran pula menyakiti hati kita begitu jugalah sebaliknya. Cuma saya ingin nasihatkan diri saya dan awak semua agar berhentilah mementingkan diri sendiri kerana kita hidup di dunia ini saling memerlukan antara satu sama lain. 

Kisahnya, saya tinggal di rumah berbentuk flat apartment, maka awak semua sedia maklum bagaimana keadaannya. Pintu sebelah menyebelah dan hadapan berhadapan yang boleh dikatakan jaraknya rapat-rapat jugalah. Tetapi, bagusnya pemaju yang buat rumah ni kaki limanya di lebarkan hingga boleh memuatkan 3 orang dewasa berjalan beriringan.

Pintu rumah dibuat berhadapan, namun ada yang berlorong dan ada yang tidak berlorong. Rumah saya tidak berlorong dan agak kurang selesa berbanding rumah jiran hadapan yang berlorong kerana lebih luas dan lebar halamannya. Namun, saya tidaklah iri hati kerana sudah rezeki suami beli rumah begitu!

Saya memiliki 2 orang cahaya mata masih kecil dan kami suami isteri berkerja. Oleh sebab itu, tidak releven untuk saya menyidai pakaian di luar tingkap bilik dan dapur kami kerana keadaan disitu agak tinggi dan tempias apabila hujan. Pernah juga cuba menyidai di dalam rumah berkali-kali namun berkali-kali jugalah baju semua kena hujan dan terpaksa dibasuh sekali lagi. Maka, saya request hubby untuk buat ampaian di hadapan rumah kerana kaki limanya memang lebar dan tidak terkena tempias hujan walaupun rumah tidak berlorong seperti jiran di hadapan rumah kami.

Hubby saya pun memasang ampaian yang boleh dibuka dan dikatup yang melekat pada dinding. Niat saya untuk memudahkan kami serta jiran-jiran agar lebih selesa untuk lalu sekiranya saya tidak menyidai kain. Hampir 2 tahun lebih saya menyidai kain menggunakan ampaian tersebut tanpa ada masalah, namun baru-baru ini ampaian kami telah ditolak-tolak dengan cara kasar dan biadab oleh jiran tanpa kami ketahui sebabnya.

Pada mulanya, saya sendiri tak begitu perasan jiran tersebut berbuat demikian tetapi suami saya selalu perasan sebab apabila saya sidai kain, mesti beberapa jam kemudian ampai yang penuh dengan kain tadi dikatup rapat hingga ke dinding sedangkan baju masih basah di ampaian. Kadangkala hingga kain baju berbau dan hanger kami juga sampai patah! 

Akhirnya, untuk mengenalpasti siapa yang melakukan perkara tersebut saya meletak nota amaran agar jiran tersebut tidak menolak ampaian tersebut lagi namun, dia semakin berani menghentak-hentak ampaian kami dan melaporkan kepada pihak pengurusan bahawa ampaian kami mengganggu laluannya sedangkan jiran-jiran lain tak pernah pun merungut atau membuat aduan sepertinya sedangkan kami sudah buat ampaian itu cukup lama iaitu 2 tahun lebih! Malah penduduk di flat aparment itu ramai juga yang buat ampaian seperti kami malah ada yang buat ampai statik lagi langsung tak boleh nak tolak-tolak dah.

Begitulah, jika jiran terlalu pentingkan diri sendiri... saya dan suami benar-benar sakit hati dengan tindakannya. Awak semua fikirlah, 2 tahun lebih ampaian di situ dia tak pernah peduli tapi sekarang dia buat ampaian kami begitu setiap kali kami menyidai kain.

Ada beberapa kenyataan tentang golongan yang termasuk ke dalam NERAKA. Salah satunya adalah manusia yang sering menyakiti hati jirannya... maka, berhati-hatilah dalam membuat pelbagai tindakan jangan sampai menyakiti hati jiran tetangga. Fikirlah tentang kemaslahatan bersama sesungguhnya kita semua yang Islam ini adalah bersaudara.




Ya Allah, betapa dahsyatnya hukuman bagi golongan yang suka menyakiti hati jiran ini! Saya dan suami memilih jalan bersabar dengan perangai jiran di hadapan rumah kami itu. Saya tetap menyidai kain seperti biasa biarpun dia masih menolak ampaian kami dengan menghentak-hentaknya ke dinding rumah kami. Saya dan suami sudah berbincang untuk biarkan sahaja perkara tersebut, selagi dia tidak mengusik kami anak-beranak suka hati dialah nak buat apapun walaupun hakikatnya kami sangat sakit hati dengan perbuatannya itu.

Ini pula antara beberapa hak jiran :



Jika dilihat antara hak-hak jiran diatas Islam amat menitikberatkan amalan saling hormat menghormati sesama jiran, perpaduan serta kasih sayang. Namun jika berlaku keadaan dilema dalam perkara seperti saya ceritakan tadi, maka hilanglah segala amalan-amalan murni tersebut antara kita sesama muslim.

Perkara paling utama tadi adalah hormat-menghormati. Bukannya sukar tetapi bila ada sifat ego dan sombong dalam diri seseorang, hilang terus rasa hormat dia kepada orang lain dan hilang rasa hormat orang lain kepada dirinya!




Buat awak semua yang juga mempunyai masalah jiran seperti saya, moga artikel ini dapat dijadikan panduan untuk kita semua. Biasalah, siapa yang tidak marah jika ada jiran yang suka menyakiti hati kita kan? Apa yang mampu kita lakukan, perbanyakkan istighfar dan mohonlah perlindungan dari Allah dari segala kejahatan diluar sana.

Sekian.


Ulasan

Lyana Ishak berkata…
alhamdulilah so far xda lagi masalah dengan jiran , thanks for sharing .. =)
Tanpa Nama berkata…
Betul tu..Memang menguji kesabaran. saya pn mengalami masalah yang sama..saya ni manusia biasa bukan la malaikat ..saya ada perasaan juga dan tidak pernah ganggu hak jiran... jiran tetangga kawasan umah saya ni jenis 'SEPI' tak kisahlah pasal tu.. tapi yang menyedihkan bila kita berdiam mereka ni ambil ringan je tak peduli hak2 jiran..sampah depan rumah, pokok tak dikemas bila ditegur baru buat..itu pn siap marah2.. padahal bila mereka tiada di umah kamilah membersihkan.. mmg la pahala tapi penat juga tiap kali balik kerja terpaksa menghabiskan masa 1/2 jam utk membersihkan sampah mereka..timbul juga sesekali rasa marah ..bersyukurlah sbb kami tolong bersihkan.. berdosake kami? kami tak pernah menyusahkan jiran jgn kan nk minta tolong..sbb faham jiran mcmna.. kami dah cuba tutup aib jiran.. walau terpaksa menutup laluan angin umah sbb pandangan yang tidak sedap dipandang bila tetamu datang kerumah..pernah kami menegur tanpa suara hanya utk menyedarkannya, dengan menyapu daun2 pokoknya dan mengikat sampah dlm plastik letak di tong sampah dia sbb sampah daun kering tidak dikutip seperti harian.. ada waktu2nya br majlis ambil.. tapi bila dia tgk dia serang dengan kata2 yg yg tidak enak didengar sedangkan 90% itu sampah mereka 10 % itu saya tak tahu tuan punya..perlukah DNA setiap sampah tu.. tiada niat lain hanya minta utk di fahami ..bila kita tanam pokok kita kena bertanggungjawab jgn sampai menyakiti hati jiran.. bukan kah berdosa mencemarkan kediaman jiran..sesama islam plk tu.. fahamilah hak2 jiran..allah swt sahaja yg maha mengetahui..
Tanpa Nama berkata…
Terus tabahkan hati menghadapi dunia Azieera!

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN BERSALIN KALI PERTAMA DI HOSPITAL AMPANG SELANGOR

SEBAB BAYI GIGIT PUTING PAYUDARA

BABY CHECKLIST UNTUK BAKAL IBU