PENGALAMAN MENGANDUNG ANAK PERTAMA

Assalamualaikum.


Saya memang suka nak berkongsi cerita tentang pengalaman bagaimana mulanya saya mengandung anak pertama dan pengalaman yang terindah dalam hidup ini. Saya ingin abadikan di blog saya kerana tidak mahu lupa bagaimana wujudnya nyawa dan insan lain di dalam perut saya pada masa itu.

Kami melangsungkan perkahwinan 3 Mac 2013, selepas sebulan saya terasa kurang sedap badan tetapi kerana banyak melakukan kerja berat akhirnya ia gugur namun benih tersebut baru beberapa minggu. Kemudian saya terus berasa tidak sihat untuk kali kedua... tarikhnya agak hampir kitaran saya akan kena haid. Kemudian didapati haid saya telah delay selama 3 hari.

Waktu itu saya memang selalu simpan pregnancy test kit kat rumah jadi selepas berasa kurang selesa kitaran haid telah delay. So, saya dengan yakin terus membuat urine test. Alhamdulillah, memang naik double line walaupun samar-samar dan kemudiannya menunjukkan warna merah lebih terang sedikit. Terus saya beritahu hubby yang saya telah pregnant dan dia pun macam terkejut setelah sebulan datang haid dan sebulan lagi keguguran.

Bila saya telefon umi, dia menasihati agar saya ke klinik ibu dan anak selepas 2 minggu. Sebab katanya, jika di scan pun ada sesetengah kandungan masih belum kelihatan keadaan janin. Selepas 2 minggu kami suami isteri ke klinik ibu dan anak kampung baru. Sebab pada saya itulah klinik yang dekat dengan kediaman kami. Tetapi akhirnya, kami disuruh pula ke desa pandan. Sampai sahaja di klinik desa pandan, kami ditanya dimana kediaman kami... saya memberitahu kami tinggal di Jalan Ampang dan nurse KKIA terus buka sebuah buku pink dan memeriksa kandungan saya.

Alhamdulillah melalui pemeriksaannya kandungan saya telah mencecah 8 minggu dan saya diberikan asid folik, iron tablet dan vitamin B Complex. Hingga ke bulan seterusnya saya masih membuat appoiment dengan KKIA Desa pandan. Pada minggu 13 saya mengalami kebas tangan di sebelah kanan dan belakang badan saya juga terasa sakit hingga sukar untuk bernafas. Apabila ke klinik berdekatan saya perlu drip air selama 4 jam sebelum dibenarkan pulang. Doktor check jantung saya memang ada sedikit masalah dan saya telah di refer ke bahagian O&G, HKL. 

Beberapa kali ke HKL, pengalaman paling memenatkan sebab kena tunggu berjam-jam kerana terlalu ramai ibu dan wanita yang menunggu giliran temujanji. Namun, saya di sahkan bebas dari masalah jantung setelah beberapa bulan. Kemudian saya kembali membuat temujanji di KKIA Desa Pandan. Hakikatnya, mengandungkan anak pertama saya begitu mencabar. Sudahlah ke sana ke sini... mabuk saya begitu teruk selama hampir 3 bulan. Apabila mencecah bulan keempat barulah mabuk saya hilang.

Kalau nak diikutkan, saya alah sungguh bau nasi, bau lauk-pauk yang berkuah, bau wangi perfume, bau orang memasak lebih-lebih lagi ketika jiran menggoreng. Pada masa itu, saya kerap marah-marah hinggakan tak sekalipun hendak memasak dirumah. Nasib baiklah rumah mak mertua dekat, kebetulan pula bulan Ramadhan. Maka, saya dan hubby akan berbuka di rumah mak mertua sahaja. Waktu bersahur pula hubby saya terpaksa panaskan lauk berbuka semalam untuk di makan bersendirian. Saya langsung tak boleh nak berpuasa disebabkan mabuk, loya dan kerap hendak muntah.

Sememangnya saya begitu kesiankan suami kerana terpaksa pandai-pandai sendiri dan emosi saya pada masa tu agak teruk. Langsung tidak stabil, suka mengamuk dan kerap menangis tak tentu pasal. Hubby pula jenis tak romantik, tak begitu pandai memujuk... kalau saya mengidam pun nak kena mintak berkali-kali barulah hubby saya pergi cari makanan tu. Agak melemaskan bagi saya tetapi pada masa itu saya sukakan perhatian dan belaian hubby. Hubby saya jangan cakaplah, diapun kadangkala macam letih nak melayan kerenah saya.

Lama juga saya berkeadaan begitu hinggalah masuk ke trimester ke-3. Pada waktu ini persiapan telah hampir 70% saya buat untuk menyambut kelahiran anak sulung. Waktu mengandung saya sukakan makanan manis dan segar. Saya akan makan kek coklat, aiskrim, sayur dan buah non-stop lebih-lebih lagi buah delima. Kalau kadangkala loya saya cuma jamah sandwich dan biskut kering saja. Namun pada trimester ke-3 saya dah tak memilih makan. Apa saja yang ada depan mata memang saya akan makan sampai puas hati.

Saya ni jenis eksaited juga nak tau jantina baby... masa kandungan menjangkau enam bulan saya ajak hubby saya ke klinik kita untuk check gender baby. Sebelum ni saya terlalu suka bila nampak baju baby girl. Skirt kembang, gaun kembang dan baju berwarna pink, purple dan merah. Naluri keibuan saya pada masa tu suka dangan benda yang comel dan cantik. Kalau keluar berjalan pun saya suka bayangkan semua yang saya nampak keindahan semata-mata. Saya suka melihat kulit bangsa cina yang putih dan licin. Kerapkali saya tengok cerita korea dan cerita cina berulang- ulang kali.

Bila dapat result doktor, sah saya mengandungkan baby girl! Sukalah hati saya sebab boleh belikan barang keperluan baby warna pink dan purple banyak-banyak. 

Pada tahun yang sama juga saya telah menghadiri hari konvokesyen. Hanya bertiga dengan umi dan abah. Masa ini pun banyak menguji saya, kami tertinggal flight dan terpaksa menaiki bas di Puduraya sekarang adalah Pudu Sentral untuk ke Sintok, Kedah. Nasiblah saya ada saudara di perlis. Jadi, kami bermalam dirumah mak cik saya sepanjang majlis konvokesyen berlangsung. Selama 3 hari kami di sana mereka semua yang uruskan.

Paling tak boleh lupa adalah gelagat si kecil Aliff yang berusia dua tahun setengah, anak mak cik saya yang paling bongsu ni suka sangat dengan saya. Sampaikan saya tidur dan ke bilik air pun dia nak ikut saya. Kalau dia nampak perut saya mesti dia nak sentuh hingga umi dan abah terpaksa berjaga-jaga  dengan dia dan suatu hari tu masa kami sedang solat berjemaah, Aliff datang juga dan terus cium perut saya. Kemudian dia ketawa kerana dapat juga memeluk perut saya dan kemudian dia dimarahi ibunya.

Waktu saya konvo, kandungan saya telah pun mencecah 7 bulan lebih iaitu 35 minggu. Nasib baik masih boleh naik flight lagi hahaha... tapi memang perut nampak jatuh sebab kerap berjalan jauh. Umi yang bantu saya, dia urut agar perut dan bayi dalam keadaan baik. Sebab belum sampai masa untuk bersalin lagi. 

Due date saya yang diberi oleh klinik swasta adalah 22 Februari 2014 dan klinik kerajaan beri jangkakan 28 Februari 2014. Jangkaan saya agak tepat kerana naluri saya lebih cenderung untuk bersalin mengikut tarikh yang klinik swasta bagi. Akhirnya pada subuh pagi Selasa 18 Februari 2014 saya telah mendapat tanda lendir yang pekat dan berwarna kelabu hampir kecoklatan. Kalau ikutkan pagi tu saya dan suami akan ke tempat kerja.

Namun, hati mula rasa tak sedap dan contraction telah mula menyerang dengan selang masa 10 minit sekali. Sepanjang perjalanan ke Hospital Ampang pula contraction berubah menjadi 5 minit sekali hingga sampai di Hospital Ampang. Sementara menuggu untuk dimasukkan ke wad contraction saya semakin kerap pada selang masa 3 minit dan sakit pinggang semakin kuat hingga saya berasa macam nak patah pinggang. Akhirnya bayi saya lahir pada 18 Februari 2014 pada jam 6.08 petang selepas 10 jam menahan kesakitan untuk melahirkananak sulung!

Nanti saya cerita pengalaman bagaimana bersalin di Hospital Ampang pula ya... Anda boleh baca juga artikel saya yang ini : PENGALAMAN MENGANDUNG ANAK KEDUA

Sekian.









Ulasan

MaMa Chantique berkata…
saya masa bersalinkan anak sulung pun hanpir 10 jam juga menangung sakit..masuk labor room pukul 10am bersalinnya pukul 8malam...huhuhu


Jom Semak 10 Makanan Terbaik Menaikkan Bacaan HB Ibu Hamil Supaya Dapat Elakkan Anemia
naimah wahab berkata…
Pengalaman masing-masing berbeza. Walaupun sakit tetap sakit, tapi, melihat wajah si comel, hilang rasa sakit tu kan :)
MaMa Chantique berkata…
Macam² ragam kalau mengandung ni kan...mabuk tu tak payah nak kata dah...saya mengandung pun jenis tak boleh bau nasi...apalagi nak makan memang confirm keluar balik..hihihi

Jom baca pengalaman Puan Aya berusaha naikkan HB pada minggu ke34 kehamilan,selepas ngeri di ugut akan di suntik iron
Unknown berkata…
Assalamualaikum.hai.nk tanye..nak tahu tanda pregnat mcm mne ye.sbb sy sllu pning .loya.tgk apa pun rsa loya

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN BERSALIN KALI PERTAMA DI HOSPITAL AMPANG SELANGOR

SEBAB BAYI GIGIT PUTING PAYUDARA

BABY CHECKLIST UNTUK BAKAL IBU