Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

MINYAK KAYUPUTIH CAP BURUNG KAKATUA BAGUS UNTUK BAYI BARU LAHIR

Imej
Assalamualaikum. Sejak menimang cahaya mata pertama lagi susah betul nak cari minyak kayu yang betul-betul bagus. Macam-macam jenis minyak bayi yang saya cari semuanya saya tak berkenan baunya. Dari minyak sampai ke losyen dari pelbagai jenama semuanya saya dah cuba tapi tetap tak berkenan di hati. Suatu hari, abah saya balik dari bandar Temerloh, dia tunjuk minyak kayu putih cap burung kakatua. ‘Eh, baru jumpa minyak ni!’. Betul, susah sungguh nak jumpa kalau ke Guardian Pharmacy atau Watsons memang takkan jumpa. Kalau ke kedai runcit pun tak pernah jumpa. Pernah juga cari kat butik barangan bayi pun saya cari tak jumpa. Kat Temerloh ni, selain kedai butik bayi, ada jual jugak kat sengsei dan juga TF Temerloh. Minyak ni turun temurun tau, baunya pun best sangat! Masa saya kecil-kecil dulu… umi memang suka pakaikan minyak ni di tapak kaki, di pusat dan belakang badan.  Bayangkan minyak ni dah wujud sebelum saya lahir sedangkan umur saya sekarang ni almost 30 year

AWAS, BAHANA PENYAKIT 'AIN

Imej
Situasi A “Amboii, putihnya… comelnya… cantiknya mata dia!” Kata Mak Cik jiran sebelah yang datang bertandang setelah dapat tau aku baru melahirkan anak sulung. Mak Cik jiran sebelah datang bersama dua orang jiran yang lain asyik memuji bayiku sambil tak putus-putus pandangan mereka membelek bayiku yang baru bangun tidur. Situasi B Upload Picture… “Baby Day 1” Alhamdulillah, saya telah selamat bersalin baby girl! Comment 1: Wah, comelnya… congratulation! Comment 2: Alhamdulillah, selamat berpantang… Comment 3: Gebunya kulit baby awak… gerammm! Hihihi… Comment 4: Mata bulat, hidung pun mancung… lawa ni bila besar nanti! Muah ciked! Situasi C “Eh, kenapa kulit baby awak ni lain ye? Rambut dia pun nampak perang sangat. Uniknya…!” Ujar Anak jiranku. Dia kelihatan sangat teruja dan pelik dengan kulit bayiku yang berwarna keperang-perangan. “Mungkin sebab baka bapak dia ni… hahaha,”balasku sambil tertawa. Maklumlah, suamiku orang Aussie campuran Mexico. Mungkin seba

DATANG HAID TAPI MENGANDUNG | BUNTING PELANDUK

Imej
Assalamualaikum. Biasanya kita cuma dengar kalau wanita yang cepat mengandung anak pertama selepas hari perkahwinannya, orang akan menggelarnya bunting pelamin. Tapi pernahkah awak semua tahu tentang bunting pelanduk? Pada mulanya, saya juga tertanya-tanya bagaimanakah boleh mengandung bunting pelanduk itu? Pertama kali mendengarnya, apabila umi saya ada menyebut-nyebut tentang bunting pelanduk. Saya bertanya dia bagaimana boleh terjadi bunting pelanduk? Umi menjawab, istilah bunting pelanduk tu apabila seseorang wanita itu hamil tetapi masih datang haid/darah kotor. Terkejut juga saya mendengarnya, bagaimana pula boleh terjadi begitu? Jawapannya, berkemungkinan semasa mula hamil masih ada saki baki darah kotor yang tertinggal, maka setiap bulan wanita tersebut masih datang haid/darah kotor. Ini cuma andaian orang dulu-dulu. Kalau ada istilah/penjelasan dalam perubatan, mohon komen di ruangan komen ya!😊 Namun, awak semua jangan salah faham dulu ya! Rajah pergerakan

SERONOK DI BIG BAD WOLF BOOK DISEMBER 2016

Imej
Assalamualaikum. Wah, tak sangka... pertama kali tau saya menjejakkan kaki ke sini! Memang seronok sangat sebab dapat shopping buku-buku untuk anak-anak dan diri sendiri. Saya ni sebenarnya sangat gemar membaca, kalau dulu masa saya masih anak dara sanggup menapak ke ekspo buku dan bersesak-sesak untuk memilih buku untuk dibaca. Sekarang bila anak-anak dah mula boleh bertutur dua tiga patah perkataan saya usaha juga agar dapat membawa mereka ke Big Bad Wolf Book kali ini. Semasa masih menuntut di Universiti, kerajaan bagi baucer buku RM 200 saya tak akan jual hanya untuk tukarkan kepada wang tapi saya memang beli buku yang saya suka. Siapa nak bagi RM 200 kan untuk beli buku? Saya ni memang hantu buku ilmiah, majalah dan novel. Saya boleh tahan duduk membelek pelbagai jenis majalah, buku dan novel berjam-jam lamanya daripada pergi window shopping tau! Last year, saya tak berkesempatan nak pergi sebab Nabihah masih kecil dan saya pula sedang mengandung anak yang ked

SUNAT TAHNIK BAYI PADA HARI KE - 7 KELAHIRANNYA

Imej
Assalamualaikum. Seperti kita sedia maklum, sebaik selesai sahaja kelahiran bayi si bapa perlu mengazankan bayi agar ayat pertama yang didengarinya adalah kalimah Allah. Kemudian, pada hari yang ke-3 disunatkan memberikan nama yang baik-baik untuk anak tersebut. Pada fasa inilah, si bapa sibuknya tidak terkata kerana nak menguruskan uri bayi untuk ditanam, mendaftarkan nama sebaik kelahiran bayi di Jabatan Pendaftaran Negara dan menguruskan isteri untuk mula berpantang. Namun, ada sesetengah masyarakat kita yang tak pernah tahu tentang sunnah tahnik pada hari ke-7 usia kelahiran bayi, ia dipanggil orang melayu kita sebagai belah mulut bagi bayi yang baru dilahirkan dan sunnah juga mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan untukmembuang kekotoran semasa berada di dalam perut ibunya, kemudian ditimbang bersamaan gram emas dan wang itu disedekahkan kepada para fakir miskin atau yang berhak menerimanya. Gambar anak saudara sebelah suami yang bertahnik dengan abah

9 PERKARA SUNNAH ELOK DILAKUKAN PADA HARI JUMAAT

Imej
Assalamualaikum. Salam Jumaat, hari penghulu segala hari… hari yang digelar sebagai sayyidul ayyam! Bila tiba hari jumaat, kita semua yang bekerja ni rasa seronok dan bersemangat sebab fikir esoknya dah cuti, boleh berehat, boleh keluar bersama keluarga, boleh melakukan aktiviti yang kita sukai. Tapi tahukah kita, hari jumaat bukan sekadar waktu bekerja singkat dan golongan wanita boleh keluar bershopping. Pada hari jumaat inilah kita diperdengarkan banyak sebenarnya kejadian yang akan berlaku. Di katakan hari kiamat iaitu hari kehancuran dunia ini akan berlaku pada hari jumaat dan beberapa kejadian lain lagi yang banyak berlaku pada hari jumaat. Hari jumaat ini kita disunatkan melakukan beberapa perkara yang menjadi sunnah, antaranya ialah : Memotong kuku, mencabut bulu ketiak, menggunting misai dan mencukur bulu ari-ari. Bersugi, mandi dan bersihkan diri bagi yang akan menunaikan solat jumaat Memakai wangi-wangian dan meminyakkan rambut Me

TIPS MEMETIK BUAH DELIMA YANG TELAH MASAK RANUM

Imej
Assalamualaikum. Suka makan buah delima? Buah delima ni adalah buah syurga tau... Mak mertua saya ada tanam pokok delima ni di hadapan rumahnya dan dah berbuah... ada dalam 5-6 biji walaupun baru pertama kali berbuah. Asalkan hujan aje mesti pokok tu berbunga dan berbuah. Sampailah suatu hari ni saya ke rumahnya, saya memang suka sangat buah delima ni. Bila saya belek-belek tengok ada sebiji yang paling besar dan dah kecoklatan. Saya tanya, kenapa mak tak petik lagi? Dia sendiri tak pasti buah tu dah masak ke belum. Saya cakap cuba tengok... tapi nampaknya masih kuning dan kemerahan sedikit kulit luarnya, ada sedikit tompok tompok macam kulit tu buruk. Eh, dah masak ke belum ni? Saya sendiri tertanya-tanya buah delima kalau dah masak macamana ye? Macam gambar di bawah inilah rupa bentuknya, harus ada tompok-tompok seolah-olah buah delima tu macam dah buruk je. Tapi sebenarnya buah begitulah yang dah masak dan sangat manis isinya. Baca penerangan di bawah n

YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA KE-15

Imej
Assalamualaikum. Daulat Tuanku!! Alhamdulillah, selesai sudah istiadat angkat sumpah oleh Sultan Muhammad V di Istana Negara pada hari ini tanggal 13 Disember 2016. Semoga dengan pemerintahan baginda, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong kali ini membawa Malaysia semakin maju di mata dunia. Besar harapan kami sebagai Rakyat Malaysia untuk berada di bawah lembayung kasih tuanku dibawah pemerintahan yang adil dan saksama.  Daulat Tuanku! Allahuakhbar! Sekian.

SALAM MAULIDUR RASUL

Imej
Assalamualaikum. Jom selawat! Pagi-pagi lagi hujan sudah membasahi Kuala Lumpur, menjadikan cuaca cukup sejuk sekali. Sejuk-sejuk juga tapi selawat pada junjungan besar Nabi Muhammad jangan dilupakan ya!  Seeloknya, pada zaman kita ini perbanyakkanlah berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW kerana semoga diakhirat kelak kita mendapat syafaat daripada baginda ketika di padang Mahsyar. Wallahua'lam. Sekian.

JIRAN YANG SUKA MENYAKITI HATI JIRAN LAIN ANTARA GOLONGAN BAKAL KE NERAKA

Imej
Assalamualaikum. Saya nak tanya siapa antara awak semua yang ada masalah dengan jiran tetangga? Tentu ada segelintir dari kita yang mengalami masalah dengan jiran tetangga termasuklah saya sendiri! Jiran ini bermaksud orang yang tinggal berhampiran dan berada di kiri, kanan, hadapan dan belakang kita. Malah, boleh jadi jiran setingkat atau jiran setaman. Baiklah, saya nak kupas sikit isu jiran ini memandangkan ramainya jiran yang suka menyakiti hati jirannya yang lain. Bukan kali ini saja saya menemui jiran sebegini, malah telah berkali-kali sejak saya kecil lagi. Biasanya, jika kita tidak pernah menyakiti hati jiran tetapi jiran pula menyakiti hati kita begitu jugalah sebaliknya. Cuma saya ingin nasihatkan diri saya dan awak semua agar berhentilah mementingkan diri sendiri kerana kita hidup di dunia ini saling memerlukan antara satu sama lain.  Kisahnya, saya tinggal di rumah berbentuk flat apartment, maka awak semua sedia maklum bagaimana keadaannya. Pintu sebelah me

GAYA PENYUSUAN 'DIRECT FEEDING'

Imej
Assalamualaikum. Bila bayi dilahirkan ibu-ibu semua tentu dah bersedia kan untuk menyusukan ? Tapi, masih ada ibu-ibu yang kurang pasti beberapa gaya untuk melakukan penyusuan lebih-lebih lagi newbie mommy. Jangan risau sebab ada banyak gaya yang selesa buat ibu-ibu yang breastfeeding! Dulu, saya pun cuma tahu gaya cradle hold sahaja untuk menyusukan bayi pertama saya, kemudian setelah genap umur bayi sebulan, umi saya ajar cara menyusukan gaya lying down. Sampai sekarang pun sebenarnya, saya masih gunakan gaya-gaya tersebut sahaja sedangkan masih ada beberapa gaya lain lagi. Awak semua boleh rujuk gambar di bawah ni : Macamana?  Menarik bukan? Sekurang-kurangnya, ibu-ibu tak perlu bimbang untuk menukar gaya penyusuan kerana bayi tetap selesa dan susu ibu tetap keluar asalkan ada rangsangan dari bayi ataupun pam susu. Walaupun anda ada kembar sekalipun tetap ada beberapa gaya tersendiri dalam penyusuan susu ibu untuk kemudahan bersama.

TEKNIK MARMET ADALAH TEKNIK PERAH SUSU TANPA GAJET

Imej
Assalamualaikum. Ibu-ibu yang menyusukan anak mesti tau apa itu teknik marmet kan? Antara beberapa gambar yang saya kira dapat membantu untuk lebih jelas apa itu teknik marmet. Teknik marmet ni jarang sangat saya guna kecuali kalau ada ibu-ibu yang rajin buat memang terbaiklah! Saya difahamkan teknik ini memerlukan cara dan kedudukan yang betul sebelum melakukannya. Tak boleh main hentam picit ikut suka aje tau! Kebanyakan klinik ibu dan anak atau hospital awam dan swasta pun banyak yang ada poster teknik marmet dengan cara yang betul. Cumanya cara ini dah tak berapa popular memandangkan kita sedia maklum dah ada pam susu manual dan elektrik. Namun, sebenarnya cara paling baik adalah selepas pam ibu-ibu boleh guna teknik marmet untuk mengosongkan breast sepenuhnya. Jika dilakukan proses susu akan jadi lebih mudah dan cepat penuh! Saya ni agak pemalas, makanya saya tahu tapi tak pernah nak buat pun. Suatu hari saya tertinggal pam di kampung sa

CARA ATASI BENGKAK SUSU

Imej
Assalamualaikum. Siapa pernah kena bengkak susu? Mesti sakit sangat kan sampai nak demam dan sudahnya demam juga? Jom saya share tentang bengkak susu pada awak semua ya! Ibu-ibu lepas bersalin biasanya akan mengalami bengkak susu jika susu badannya terlalu banyak dan tidak dihisap oleh bayi atau tidak dipam. Selain itu, bengkak susu boleh juga berlaku jika bayi sudah semakin membesar dan bertukar waktu menyusu. Antara sebab lain, ibu-ibu akan mengalami bengkak susu apabila bayi menolak untuk ‘direct feeding’ setelah beberapa hari ditinggalkan. Malah, ibu-ibu boleh mengalami bengkak susu akibat kesukaran memberikan susu secara ‘direct feeding’ kepada bayi kerana masalah puting susu tidak timbul dan sebagainya. Keadaan ini boleh mengakibatkan ibu berasa sangat sakit dan boleh menyebabkan ibu-ibu demam. Namun, ibu-ibu boleh mengatasi untuk mengurangkan bengkak susu melalui cara urutan, urutan yang betul akan mengurangkan sakit bengkak susu dan air susu bolehlah dikelu

BAYI SUKAR SENDAWA DAN KERAP JELUAK

Assalamualaikum. Sejak menimang cahaya mata pertama, banyak perkara baru yang saya mesti belajar dalam hidup. Sebagai ibu, seharusnya belajar tentang tabiat bayi adalah perkara paling penting. Walaupun agak sukar kerana bayi tidak boleh bercakap, bayi cuma boleh berinteraksi dengan kita melalui tangisan dan tabiatnya setiap hari, namun saya suka bertanya umi saya pelbagai perkara tentang penjagaan bayi. Perkara terpenting ketika menyusukan bayi adalah memastikan bayi sendawa selepas menyusu. Banyak kes bayi tersedak susu dan sebagainya kerana penjagaan ibu-ibu yang kadangkala bersikap cuai terhadap bayi sendiri. Keadaan agak rumit jika bayi sukar untuk sendawa dan bayi terus tertidur lena! Kedua-dua bayi saya juga jenis yang lepas minum susu terus tertidur tak mahu bangun walaupun digerak berkali-kali. Tabiat bayi sememangnya kita sebagai ibu-ibu tak boleh ubah. Umi ajar saya jika bayi berkelakuan begini saya perlu dukung dia di bahu dan usap belakangnya, sekurang-kurang

PENYUSUAN JARAK JAUH

Imej
Assalamualaikum. Hakikatnya, penyusuan jarak jauh memerlukan kesungguhan luar biasa seorang ibu! Saya sendiri adalah salah seorang dari ibu-ibu yang menghadapi penyusuan jarak jauh ini. Peralatan atau gajet penyusuan susu ibu mesti lengkap dan penjagaan susu beku dan susu chiller perlu dititikberatkan, memandangkan saya perlu menyediakan puluhan oz susu setiap minggu buat anak saya. Kawasan rumah saya agak sukar untuk mencari pengasuh persendirian. Taska berdaftar juga tiada dan kami suami isteri perlu keluar ke kawasan berhampiran untuk menghantar anak. Masalah utama kami adalah waktu kerja dan tempat bekerja saya dan suami berbeza haluan perjalanannya. Pada mulanya, saya telah meletakkan Nabihah di bawah jagaan seorang pengasuh di dalam kawasan perumahan. Tetapi pengasuh tersebut mengandung anak ketiga dan mengalami mabuk serta alahan yang agak teruk! Memandangkan umur Nabihah baru 3 bulan, umi saya telah meminta untuk menjaganya hingga Nabihah berumur setahun.  Pada m

ANAK LAMBAT TUMBUH GIGI… LAMBAT BERJALAN & BERCAKAP ?

Imej
Assalamualaikum. Alhamdulillah, saya masih mempunyai masa untuk mengurai persoalan demi persoalan naluri seorang ibu . Walaupun kadangkala sukar untuk ada masa menulis, namun anak-anak ada masanya gemar bermain sendiri. Asalkan diberi kebenaran menyepahkan rumah, mereka akan bermain sepuas hati! Trend ibu zaman sekarang suka membanding-bandingkan anaknya dengan anak orang lain sering terjadi di media sosial. Dalam beberapa tahun ini jugalah saya menyaksikan pelbagai luahan suka duka ibubapa yang pelbagai. Malah, bukan sahaja melalui media sosial… jika berbual sesama rakan sekerja, rakan sepermainan, rakan setaman dan sebagainya mesti ada antara ibu-ibu  dan bapa-bapa yang suka buat perbandingan. Antara perbandingan paling famous adalah tentang anak pandai meniarap, anak tumbuh gigi, anak cepat berjalan, anak bercakap, anak bijak dan bla bla bla… Sewajarnya, ibubapa tidak perlulah bersikap sedemikian kerana setiap anak dianugerahkan oleh Allah memiliki keistimewaan