BAYI SUKAR SENDAWA DAN KERAP JELUAK
Assalamualaikum. Sejak menimang cahaya mata pertama, banyak perkara baru yang saya mesti belajar dalam hidup. Sebagai ibu, seharusnya belajar tentang tabiat bayi adalah perkara paling penting. Walaupun agak sukar kerana bayi tidak boleh bercakap, bayi cuma boleh berinteraksi dengan kita melalui tangisan dan tabiatnya setiap hari, namun saya suka bertanya umi saya pelbagai perkara tentang penjagaan bayi. Perkara terpenting ketika menyusukan bayi adalah memastikan bayi sendawa selepas menyusu. Banyak kes bayi tersedak susu dan sebagainya kerana penjagaan ibu-ibu yang kadangkala bersikap cuai terhadap bayi sendiri. Keadaan agak rumit jika bayi sukar untuk sendawa dan bayi terus tertidur lena! Kedua-dua bayi saya juga jenis yang lepas minum susu terus tertidur tak mahu bangun walaupun digerak berkali-kali. Tabiat bayi sememangnya kita sebagai ibu-ibu tak boleh ubah. Umi ajar saya jika bayi berkelakuan begini saya perlu dukung dia di bahu dan usap belakangnya, sekurang-kurang