APA ITU BREASTSLEEPING ?
Assalamualaikum.
Kebanyakan ibu yang ada bayi kecil lebih suka tidur sekatil bersama bayi atau meletakkan bayi di dalam playpen atau katil bayi? Adakah tidur sekatil dengan bayi kecil itu bahaya?
Istilah 'breastsleeping' adalah merujuk pada ibu-ibu yang memberikan susu badan kepada bayinya dan tidur sekatil untuk memudahkan ibu melakukan penyusuan terhadap bayi mereka.
Keadaan ini sama sekali tidak mendatangkan bahaya jika ibu tersebut sememangnya memberikan susu badan kepada bayi secara esklusif. Hal ini adalah kerana ibu-ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan adalah lebih senang terjaga jika ada perkara yang tidak kena dengan bayi mereka sewaktu sedang tidur.
Wah, kedengaran bagus bukan! Sememangnya perkara yang dinyatakan oleh pakar penyusuan ini ada kebenarannya. Saya pernah ada pengalaman sepanjang melaksanakan penyusuan susu ibu kepada bayi-bayi saya sendiri.
Selesai berpantang anak yang pertama, saya mengambil keputusan untuk pulang semula ke rumah sendiri. Dalam perjalanan, anak pertama saya okey sahaja baik dan tidak meragam. Sepanjang perjalanan semwmangnya saya memakaikan pakaian yg lengkap bertopi, mitten & booties dan berbedung juga. Malamnya, kami sampai dirumah dan tidur. Secara tiba-tiba anak pertama yg sedang tidur diseblah saya muntah semasa dia tidur dan saya yang walaupun telah terlelap terus terjaga dan dengan kadar segera meniarapkan dia supaya tidak tercekik susu.
Tak dapat saya bayangkan jika bayi saya tidur di katil berlainan ketika itu.
Pengalaman kedua saya adalah semasa kelahiran anak kedua dan ketiga yang kedua-duanya lelaki. Lebih mudah menguruskan penyusuan susu badan terhadap bayi lelaki kerana sememangnya mereka jenis yang kuat menyusu dan suka mengempeng.
Ketika penyusuan tengah malam sudah semestinya ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan akan kerap berjaga malam maka, lebih mudah melakukannya dengan menyusukan bayi secara mengiring atau lying down. Tak perlu angkat bayi dan meriba bayi kerana boleh berisiko untuk bayi terjatuh akibat terlepas dari pangkuan ibu.
Sekian. Semoga bermanfaat!
Ulasan