Catatan

KENALI JENIS KULIT DENGAN MARY KAY

Assalamualaikum gorgeous ladies!  Hari ni saya nak share tentang jenis kulit.  Supaya uols tahu mengenali jenis kulit masing-masing. Betapa pentingnya kita untuk tahu jenis kulit kerana senang untuk kita menyesuaikan jenis produk berdasarkan jenis kulit kita. KULIT NORMAL Jumlah minyak semula jadi atau sebum yang dihasilkan amat rendah,  tekstur kulit juga sangat lembut dan mempunyai liang roma yang kecil dan mempunyai kandungan air yang cukup. Hanya sesekali anda akan mendapat jerawat,  jeragat atau bintik hitam. KULIT KERING/SENSITIF Sebum yang dihasilkan oleh kulit kering sangat kurang.  Jadi wajah akan kelihatan kurang berkilat serta sentiasa kusam dan liang roma kelihatan terlalu kecil atau tidak kelihatan. Kulit seperti ini kadangkala mengelupas dan memberi efek yang sangat tidak selesa.  KULIT BERMINYAK Kulit berminyak merupakan jenis kulit yang tidak disukai oleh kebanyakan wanita. Ianya menghasilkan sebum yang banyak sehingga...

MACAMANA HEALING CRISIS BERLAKU

Assalamualaikum. Please take note! Healing Crisis atau krisis penyembuhan,  ia terjadi apabila berlakunya tindak balas antara kulit dengan produk yang digunakan. Organik tapi ada healing crisis? Apa sebabnya? Ya,  semestinya produk yang organik itu akan menampilkan kesan healing crisis.  Organik tidak menggunakan bahan kimia berbahaya yang mampu mengunci sel kulit untuk mengeluarkan toksin atau racun yang tersimpan dalam lapisan kulit. Maka, proses detox akan mengeluarkan semua yang terperangkap di dalam lapisan demi lapisan kulit awak semua. Sebab itulah krisis penyembuhan yang berlaku kelihatan agak teruk dan adakalanya kulit seolah-olah terselar atau sunburn. Contoh mudah jika tidak faham penerangan di atas : Jika kereta anda calar,  anda boleh menutup kesan calar hanya dengan semburan bahan kimia yang boleh menutup di kawasan yang calar.  Tetapi,  jika anda ingin menukar cat kereta anda,  cat yang lama perlu dikikis dan men...

CARA NAK TAHU SKINCARE ADA MERKURI

Imej
Assalamualaikum. Sekarang ni macam-macam jenis skincare yang ada dalam pasaran negara kita. Skincare murah, yang mahal, yang organik, yang timbang kilo semuanya ada!  Tapi, awak semua kena tahu beza skincare mana yang tidak mengandungi bahan terlarang seperti hidrokuinon, merkuri dan sebagainya. Bahan-bahan kimia seperti ini sangat berbahaya kepada kulit, organ dalaman dan jika awak mengandung bahaya buat bayi dalam kandungan awak tau! Hari ni saya nak bagitau sikit ciri-ciri skincare dan kosmetik yang mengandungi MERKURI : 1) Melekit-lekit. Sapu pada muka pun bukan main susah nak ratakan. 2) Tidak Homogen (tidak menyatu dan kasar) Kalau kita biarkan krim tu, akan nampak lapisan minyak terpisah dari lapisan yang padat. 3) Kulit putih segera. Warna putihnya pulak lain macam, bukan putih natural. Dalam masa seminggu dua kulit muka dah boleh putih sangat-sangat. Ingat! Biar lambat putih asalkan selamat. 4) Jerawat susah nak tumbuh. Jangan cepat ...

PENGUMUMAN HIBAH/BONUS TABUNG HAJI 2017

Imej
Assalamualaikum. Majlis Pengumuman Hibah Pendeposit TH 2016 yang berlangsung di Putrajaya pada tarikh 3 Februari 2017. Pada majlis berkenaan, YB. Menteri mengumumkan Hibah Pendeposit sebanyak 4.25% dan Hibah Haji sebanyak 1.50%. J  Pada tahun 2016 jangkaan pendeposit tabung Haji menunjukkan peningkatan daripada tahun sebelumnya. Lepas ni dah boleh update buku akaun Tabung Haji untuk lihat hibah/bonus yang diberikan! Bagi saya, awak semua yang baru menimang cahaya mata juga digalakkan untuk terus membuka akaun tabung Haji sebagai pelaburan jangkamasa panjang. Saya juga telah membuka akaun tabung haji anak-anak selepas beberapa bulan kelahiran mereka. Kemudian, cukupkan RM 1,300 untuk daftarkan haji anak-anak. Alhamdulillah, selesai urusan tersebut dan anak-anak boleh pergi haji mengikut giliran nanti. Sekian.

SENARAI BANK BAGI PEMBAYARAN BR1M

Imej
Assalamualaikum. Tentu masih ada yang kurang pasti  tentang pembayaran BR1M. Proses pembayaran adalah melalui beberapa bank yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Disini saya sertakan senarai bayaran brim melalui beberapa bank tertentu. Senarai nama bank-bank adalah seperti berikut : Jika membuat rayuan dan pembayaran tidak disalurkan melalui bank-bank yang disenaraikan, sila semak di kaunter cawangan LHDN. Sekian.

MACAMANA NAK SEMAK STATUS BR1M

Imej
Assalamualaikum. Ada juga yang bertanya bagaimana nak semak status BR1M ni pada saya. Jadi hari ni saya nak ajar sikit cara-caranya, maklumlah bulan februari ni adalah bulan pertama pengagihan BR1M 2017. Di bawah ni antara step by step yang anda boleh ikut : Step pertama : Step seterusnya : Step terakhir : Mudah saja kan? Tarikh pengagihan yang telah ditetapkan adalah pada 18 februari 2017. Harap-harap semua yang berhak mendapat bantuan ni boleh semak pada tarikh berikut terutamanya bagi pemegang akaun bank iaitu Maybank dan BSN. Sebab biasanya pemegang akaun bank berikut akan dapat awal berbanding pemegang akaun bank lain. Sekian.

SAIZ PERUT BAYI BARU LAHIR | NEWBORN

Imej
Assalamualaikum. Ramai ibu-ibu yang keliru ketika menyusukan sejak melahirkan bayi, lebih-lebih lagi ketika baru menimang cahaya mata pertama. Kenapa? Kerana terdapat banyak kes ibu-ibu yang memberi anak nestum atau cairan selain susu ibu kepada bayi baru lahir. Nak tau tak, perbuatan tersebut sangat bahaya? Lebih-lebih lagi jika cairan tersebut diberikan terlalu banyak kepada bayi. Samada mereka akan muntah-muntah atau sembelit! Awak semua tahu tak saiz perut bayi ketika hari pertama macamana? Jom tengok gambar di bawah ini ya! Tergamak tak nak bagi bayi awak semua makan nestum kalau dia menangis sedangkan umurnya baru 3 hari? Makanan pertama untuk bayi yang wajib adalah susu ibunya sahaja. Perlu diberi pada 6 bulan pertama hanya susu ibu. Kemudian  genap 6 bulan barulah anda boleh berikan nestum, puri sayur/buah dan bubur nasi. Ada sesetengah ibu yang degil, kerana merelakan mak atau mak mertua beri nestum sekiranya bayi menangis tak berhenti. Merek...