Catatan

KELI MASAK SAMBAL MUDAH DAN RINGKAS

Imej
Assalamualaikum. Salam Ramadhan Al-Mubarak!  Hari ni saya nak share sikit makanan kegemaran saya semasa iftar . Kalau tak ada lauk keli masak sambal ni rasanya tak lengkap nak berbuka bersama keluarga.  Walaupun saya bukan orang nogori, tapi saya sangat menyukai hidangan ikan keli, lebih-lebih lagi keli yang di masak lemak cili api. Sebab itu, saya masak ikan keli cara tersendiri! Inilah hasilnya!  Eh, mudah sangat tau menyediakannya semudah A, B, C!  Jom, saya kongsikan resepi ringkas untuk menu iftar kali ini dengan anda di bulan mulia ini. Walaupun anda bekerja... rasanya menu ini sesuai sebab sangat mudah disiapkan.  Bahan A Ikan Keli (disiang) : 3-4 ekor Garam : Secukup rasa Kunyit : Secukup rasa Asam keping : 3-4 keping Bahan B Cili pes : 3-4 sudu besar Bawang merah besar : 2 biji Bawang putih ; 3 ulas Udang kering : Segenggam  (boleh guna ikan bilis jika tidak mahu guna udang kering) Gula : 2 s...

KOTEX ODOR - CARE DENGAN BAU DAUN SIRIH ATAU LAVANDER

Imej
Assalamualaikum. Waktu datang bulan setiap wanita mood berbeza-beza dan adakalanya rasa kurang selesa untuk menjalankan aktiviti bersama rakan-rakan atau aktiviti luar yang lain sebab risau masalah bau! Seriously, saya pun kadang-kadang terasa macam tu, lebih lagi bila nak uruskan keluarga dari awal pagi sampai malam. Anak-anak pula kadangkala suka meragam... Jadi, takkanlah asyik nak ke tandas dan berlama-lama di dalam tu kan? Sekarang , dah tak payah risau sebab Kotex dengan Odor-Care ni mampu mencegah dari kebocoran dan bau yang tidak menyenangkan tau! Paling BEST bila pakai tu bau ramuan dari pati minyak semulajadi daun sirih atau lavender sangat wangi dan rasa selesa untuk dipakai. Saya ni jenis cerewet sikit lebih lagi bila time nak mencuci pad. Biasanya, saya akan memilih pada yang tiada kandungan gel untuk lebih mudah mencucinya.  Awak semua tak payah bimbang, Kotex dengan Odor-Care ni amat mudah untuk dicuci walaupun selepas digunakan sepanj...

TATI DAN MOLEEK SKINCARE BAHAYAKAN PENGGUNA

Imej
Assalamualaikum. Penggunaan skincare yang mempunyai bahan kimia bukan baru di Malaysia ni, tapi sebab ada pelanggan yang sukakan kulit putih melepak walaupun hakikatnya kulit tu memang warna coklat.  Makanya ramailah pengusaha tak bertanggungjawab ni buat produk yang mampu milik lah, boleh putih dalam masa 3 hatilah, boleh hilangkan terus jerawat dan jeragat lah... Memang tak patut! Ada yang pakai kulit terus bagi reaksi mengejut, mengelupas , pedih dan sakit. Pengguna takut dan terus stop, bernasib baiklah sebab dah tak terjebak. Tetapi ada yang pakai kulitnya masih elok dan semakin licin. Bila dapat kulit macam tu, ramailah testimoni luar biasa cakap .. produk ni bagus, produk terbaik dan diiktiraf KKM. Walhal, pihak KKM cuma keluarkan nombor siri produk yang didaftar kan di Malaysia sebab ia dikeluarkan oleh pengilang di Malaysia, bukan nombor siri keselamatan untuk produk pun.  Tapi ramai pengedar yang taksub ni akan cakap produk ni selamat dan testimoni pe...

GAJET WAJIB ADA UNTUK ANAK MANDI KOLAM

Imej
Assalamualaikum. Saya ini agak risau sikit kalau nak bawa anak-anak yang bawah umur dua tahun kebawah mandi kolam. Tapi, seriously saya sebenarnya suka juga kalau mereka sukakan kolam. Rasanya, saya terlewat bawa Cik Nabihah ke tempat-tempat percutian yang ada kolam tapi, belum terlewat buat Abang Nadeem. Nampaknya, lepas pergi ke Melaka haritu mereka berdua terlalu sukakan air kolam! Tak susah pun nak sediakan gajet anak- anak untuk mandi kolam.  Benda wajib ada : Pelampung adalah benda perlu bawa antara sebab ia memudahkan anak-anak yang tak pandai berenang sendiri tu untuk berenang dalam kolam. Pelbagai harga pelampung ada kat pasaran, Serendah RM 8 hingga yang paling mahal. Terpulang pada pilihan masing-masing nakkan yang murah atau sebaliknya! Swim diapers ni available saiz sebenarnya untuk bayi hingga umur 3 tahun. Terpulang bagi ibubapa yang nakkan anak-anak lebih bersopan pakai baju mandi.  Brand Rock-Tak Baby ni awak semua bo...

SHH.. I LOVE YOU BAB 1-15 | BACA ONLINE

Imej
Assalamualaikum. Eh, dah nak mula drama bersiri yang terbaru kat TV3 pada 3 April 2017 nanti. Baca sinopsis dah rasa menarik. Sekarang, cuba awak semua baca online pulak .. yang ada pun awal bab aje sebagai nak warm up sebelum sesi menonton episod demi episod kat televisyen pulak nanti! Bab 1  ,  Bab 2  ,  Bab 3  ,  Bab 4  ,  Bab 5  ,  Bab 6  ,  Bab 7  ,  Bab 8  ,  Bab 9  ,  Bab 10  ,  Bab 11  ,  Bab 12  ,  Bab 13  ,  Bab 14  ,  Bab 15 Selamat membaca lah yea! Saya tau ada sesetengah orang lagi minat baca novel dari tengok drama kat televisyen, ada juga yang suka kedua-duanya sekali. Apapun enjoy okey ..  Sekian.

SINOPSIS DRAMA SHH.. I LOVE YOU

Assalamualaikum. Drama terbaru ini bakal ditayangkan di TV3 pada 3 April 2017. Tak sabar pula rasanya nak ikuti drama bersiri lepas baca sinopsis ni! NOVEL SHH.. I LOVE YOU NUR NADIA OMAR… Keceriaan luaran tidak dapat menutup kekurangan yang ada pada dirinya. Hidupnya yang penuh liku dan membuatkan hanya kematian saja yang dia fikirkan dek kisah silam yang menjadikan diri masih bernyawa sehingga kini. Dan kerana itu, kesukaran hidupnya mula diterangi cahaya kebahagiaan apabila hadir si teruna idaman hati. Dapatkah si jejaka menerima kekurangan dirinya? AHMAD AIDAN AHMAD ABHAR… Kerana kecewa, dia membawa diri yang lara kesepian dan menumpukan perhatian pada kerjaya di awan biru. Namun, pertemuan tak dirancang dengan seorang gadis yang berkerjaya tidak jauh beza dengan skop kerjanya telah membawa satu perubahan baru buat dirinya. Dan kerana itu, mampukah kehadiran si gadis pengganti merawat luka dalam hati Aidan yang masih terpendam lagi? “Awak sanggup terima apa s...

PERSEDIAAN SUSU IBU BAGI IBU BEKERJA

Imej
Assalamualaikum. Ramai newbie mommy yang pening kepala bila tinggal sebulan lagi nak naik kerja kan?  Sebab apa, sebab bayi menyusu badan dan ibu-ibu nak teruskan juga penyusuan hingga bayi 6 bulan pertama, hingga umur bayi setahun dan seterusnya hinggalah umurnya cukup 2 tahun. Paling penting ibu-ibu ibu kena sediakan pam susu paling selesa yang akan digunakan sebagai gajet pengganti bayi semasa di tempat kerja.  Tapi sebelum tu, ibu-ibu dah perlu mula melakukan perahan 2 bulan awal sebelum masuk kerja. Susu perahan perlu disimpan mengikut tempoh yang disediakan seperti dibawah.  Perlu dibezakan antara susu dari simpanan chiller dan simpan sejuk beku atau frozen. Kemudian sebulan sebelum naik kerja, ibu-ibu perlu melatih bayi menggunakan botol dan susu perahan yang disimpan tadi.  Semasa latihan pastikan tidak melakukannya secara mendadak ya .. tetapi secara berperingkat - peringkat. Masa ajar bayi ni ibu-ibu perlu keras hat...