KELI MASAK SAMBAL MUDAH DAN RINGKAS

Assalamualaikum.

Salam Ramadhan Al-Mubarak! 

Hari ni saya nak share sikit makanan kegemaran saya semasa iftar . Kalau tak ada lauk keli masak sambal ni rasanya tak lengkap nak berbuka bersama keluarga. 

Walaupun saya bukan orang nogori, tapi saya sangat menyukai hidangan ikan keli, lebih-lebih lagi keli yang di masak lemak cili api. Sebab itu, saya masak ikan keli cara tersendiri!



Inilah hasilnya! 
Eh, mudah sangat tau menyediakannya semudah A, B, C! 

Jom, saya kongsikan resepi ringkas untuk menu iftar kali ini dengan anda di bulan mulia ini. Walaupun anda bekerja... rasanya menu ini sesuai sebab sangat mudah disiapkan. 

Bahan A
Ikan Keli (disiang) : 3-4 ekor
Garam : Secukup rasa
Kunyit : Secukup rasa
Asam keping : 3-4 keping

Bahan B
Cili pes : 3-4 sudu besar
Bawang merah besar : 2 biji
Bawang putih ; 3 ulas
Udang kering : Segenggam 
(boleh guna ikan bilis jika tidak mahu guna udang kering)
Gula : 2 sudu besar
Garam : 1 camca teh
Air asam jawa: 1/2 camca teh dibancuh secawan air

Cara-caranya;
Gaul rata ikan keli yang telah disiang dan dikelar badannya dengan garam dan kunyit hingga rata. Kemudian, biarkan seketika sementara anda boleh panaskan minyak di dalam kuali.

Saya nak beri sedikit tips yang agak berkesan juga apabila hendak menggoreng ikan keli ni supaya ia tidak meletup-letup dengan kuat. Anda boleh tuang minyak dikuali separuh kuali dan bila minyak panas, masukkan asam keping terlebih dahulu. Selepas beberapa minit barulah masukkan ikan keli. Goreng hingga garing, angkat dan toskan minyak.

Sebenarnya, pemilihan peralatan memasak juga penting untuk memastikan kecekapan kita bila di dapur ni. Saya rasa ada baiknya untuk menggunakan Khind ARF22 Air Fryer yang less oil berjenama Khind ni, yang sekarang tengah meletop-letop ada promosi menarik lagi murah kat LAZADA



Antara sebab selain memudahkan dan mempercepatkan kerja memasak, air fryer juga mampu mencegah berlakunya percikan minyak ke merata tempat, bila menggoreng ni memang leceh sebab nak kena bersihkan minyak di dapur.

Jom sambung masak balik, bila dah siap menggoreng tuang sebahagian minyak ke dalam bekas kosong dan tinggalkan sedikit untuk digunakan semasa menggoreng sambal. Masukkan Bawang merah, bawang putih dan udang kering/ikan bilis yang sudah ditumbuk/dikisar lumat. Bila dah naik baunya, bolehlah masukkan bawang merah besar yang dihiris nipis. 

Kemudian, masukkan cili pes. Goreng hingga cili pes masak dan pecah minyak. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukupnya. Masak sambal anda hingga betul-betul telah berwarna merah dan sedikit pekat. Tutup api dan biarkan seketika.

Sambil anda membaca resepi yang saya kongsikan , saya nak bagi info sedikit tentang promosi sepanjang bulan ramadhan ini! Sangat berbaloi-baloi bila anda berbelanja di LAZADA sekarang sebab sedang berlangsung Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya Sale!!! 




Promosi ini berlangsung dari 19 Mei hingga 30 Jun ini dimana anda boleh dapatkan promosi hingga 90 % ! Wow, syoknya Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya bersama LAZADA tahun ini. Jom cepat ke laman web LAZADA sekarang sebelum terlambat!




Jangan lupa ya, apabila hendak menghidang , cuma letakkan ikan keli di dalam pinggan dan curahkan sambal mengikut kuantiti yang anda mahukan keatas badan ikan keli yang sudah rangup digoreng. Pasti suami dan anak-anak anda tak sabar-sabar untuk menikmatinya!

Selamat Mencuba!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN BERSALIN KALI PERTAMA DI HOSPITAL AMPANG SELANGOR

SEBAB BAYI GIGIT PUTING PAYUDARA

BABY CHECKLIST UNTUK BAKAL IBU