GAJET WAJIB ADA UNTUK ANAK MANDI KOLAM

Assalamualaikum.

Saya ini agak risau sikit kalau nak bawa anak-anak yang bawah umur dua tahun kebawah mandi kolam. Tapi, seriously saya sebenarnya suka juga kalau mereka sukakan kolam.

Rasanya, saya terlewat bawa Cik Nabihah ke tempat-tempat percutian yang ada kolam tapi, belum terlewat buat Abang Nadeem. Nampaknya, lepas pergi ke Melaka haritu mereka berdua terlalu sukakan air kolam!

Tak susah pun nak sediakan gajet anak- anak untuk mandi kolam. 

Benda wajib ada :


Pelampung adalah benda perlu bawa antara sebab ia memudahkan anak-anak yang tak pandai berenang sendiri tu untuk berenang dalam kolam.

Pelbagai harga pelampung ada kat pasaran, Serendah RM 8 hingga yang paling mahal. Terpulang pada pilihan masing-masing nakkan yang murah atau sebaliknya!


Swim diapers ni available saiz sebenarnya untuk bayi hingga umur 3 tahun. Terpulang bagi ibubapa yang nakkan anak-anak lebih bersopan pakai baju mandi. 

Brand Rock-Tak Baby ni awak semua boleh ke page dibawah ni ye. Cantik-cantik corak yang ada kat semua swim diapers ni. 
FB page : 
Instagram : 

Bagi saya sebab anak-anak tak biasa mandi kolam dengan baju mandi lengkap, better selesakan dulu dengan swim diapers macam ni, malah sebab taknak mereka terkencing dalam air kolam tu jugak. 

Sekarang, dah boleh pegi mandi kolam dah! Apa yang penting pengawasan ibu bapa terhadap anak-anak jika ke tempat percutian yang ada kolam, pantai dan sebagainya. 

Sekian. Selamat bercuti!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN BERSALIN KALI PERTAMA DI HOSPITAL AMPANG SELANGOR

SEBAB BAYI GIGIT PUTING PAYUDARA

BABY CHECKLIST UNTUK BAKAL IBU