Catatan

COKLAT DALAM JAR CAIR MELELEH TEPI BIBIR! | CHOCOLETTO

Imej
Assalamualaikum. Wah, sedapnya makan snek coklat sambil layan drama .. atau sambil layan masa sedang jem atas jalan! Kalau nak buat snek bila lapar waktu senggang sebelum makan malam pun bagus juga tau, sebab dapat kurangkan pengambilan makanan berat.. tak gitu! Best sangat ke Chocoletto coklat dalam jar ni? Apa yang bagusnya? SIMPAN DI TEMPAT KERING SUHU BILIK Mudah. Cuma perlu simpan ditempat yang kering dan mempunyai suhu bilik biasa. Tak perlu menyimpannya didalam peti sejuk. TAK PAYAH DOUBLE BOILED Biasanya, coklat jar perlu direndam di dalam air panas. Namun, untuk makan coklat jar Chocoletto anda cuma perlu gaulkan saja dan boleh terus dimakan. MEMBERI TENAGA SEPANJANG HARI Bagi sesetengah individu yang belajar atau bekerja kuat mengalami masalah lesu dan mudah lapar. Apabila kita makan coklat, ia sedikit sebanyak mampu memberi tenaga untuk sepanjang hari. UNTUK DIET SEIMBANG Memakan coklat pada waktu senggang antara makan ten...

FAKTA MENARIK TENTANG COKLAT YANG ANDA TIDAK TAHU

Imej
Assalamualaikum. Apapun tanggapan buruk mengenai pengambilan coklat, namun terlalu banyak kebaikan coklat yang patut saya kongsikan dengan awak semua tau! Lebih-lebih lagi sekarang awak semua dah mempunyai anak dan sedang menyusukan anak .. sebab faktanya coklat mudah merangsang emosi gembira yang menyebabkan susu badan menjadi lebih berganda-ganda! Walau apapun, mengambil coklat dalam sukatan yang berpatutan adalah satu perkara yang sangat baik. Meh, baca fakta yang mungkin mengejutkan anda semua tentang kebaikan coklat ni .. ! 1. Coklat mengurangkan kadar serangan strok. Kajian di sweden menunjukkan wanita yang makan coklat lebih daripada 45g seminggu kurang berisiko terkena serangan strok sebanyak 20% lebih rendah. 2. Coklat meningkatkan kadar kesihatan jantung. Antara lain ialah, merendahkan tekanan darah, kadar kolestrol dalam badan, dan risiko menghidap penyakit jantung. Ini kerana coklat yang mampu bertindak melawan peradangan. 3. Co...

BETUL KE MAKAN COKLAT BOLEH GEMUK ?

Imej
Assalamualaikum. Sehingga kini, rasa coklat masih sukar diertikan ... Dalam buku  Emperors of Chocolate ,  Joel Glenn Brenner  menggambarkan rahsia terkini tentang rasanya. Rasa coklat dibentuk daripada campuran 1,200 jenis zat, tanpa satu rasa yang utama. Malah, sebahagian daripada zat itu pun rasanya sangat tidak sedap sekiranya dimakan sendirian. Disebabkan itu, sehingga sekarang masih tiada coklat tiruan. Antara zat penghasil rasa coklat yang ada ialah lemak. Takat lebur lemak koko ini hanya sedikit di bawah suhu normal tubuh manusia. Jika sepotong coklat dimakan, lemak itu cair di dalam mulut. Cairnya lemak koko menimbulkan rasa lembut di mulut. Lemak koko tidak langsung diserap tubuh kerana bukan daripada jenis yang menggemukkan tubuh. Walaupun tidak dapat digantikan, pemalsuan koko sering dilakukan. Koko ialah bahan yang mahal, apatah lagi dibandingkan dengan gula atau minyak nabati. Maka, tidak hairanlah sekiranya dapur biasa terpaksa...

CABARAN BUAT WANITA BERNAMA ISTERI

Imej
Assalamualaikum. Apabila seseorang wanita itu telah menjadi seorang isteri dan ibu, hakikatnya semakin banyak cabaran, dugaan dan rintangan yang tidak pasti perlu dilalui. Bukan mudah sebenarnya untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang wanita yang telah bergelar isteri dan ibu lebih-lebih lagi ketika usia masih muda. Walaupun saya berkahwin pada usia 26 tahun dimana pada pandangan sesetengah orang tua agak lewat, namun pada zaman moden umur sebegini dikira sudah agak matang untuk mengharungi cabaran berumahtangga ini. Belajar sudah tamat dan kerjaya juga sudah pun bermula. Justeru, saya ingin kongsikan sedikit pesanan ini daripada FB page Tanya Ustaz. Benar. Agak sukar juga sebenarnya hendak menerima nasihat ini lebih-lebih lagi jika di suami bermasalah dalam menjalankan tanggungjawabnya terhadap kebajikan isteri dan anak-anak. Namun, saya juga yakin nasihat ini boleh dijadikan panduan dan dorongan agar kita semua tergolong dalam golongan yang beriman dan bertakwa kepa...

CARI HOMEMADE COOKIES SEDAP?

Imej
Assalamualaikum. Siapa suka makan big cookies? Saya suka sangat sebab pertama kali saya jumpa around 2011 gitu ada jual pun kat Putrajaya. Cookies yang dibuat besar-besar .. jadinya, makan sekeping dua pun dah cukup. Semalam Homemade Cookies ni jadi doorgift buat para tetamu yang hadir ke majlis kahwin uncle saudara saya sebelah umi.  Wah, makan berkeping-keping Cik Biha dan Nadeem. Tapi, Cik Biha paling banyak makan... Saya dapat 4 keping, hari ni tinggal sekeping! Memang confirm sedap dan berbaloi sebab rangup dan cair di mulut! Rasanya manis light light aje bagi yang tak berapa suka manis macam saya juga. Homemade Cookies! Untuk order sila hubungi : 019 - 3935807 - En. Azim 019 - 2432755 - Pn. Ifa Boleh dibuat sebagai doorgift kenduri atau pelbagai majlis mahupun sebagai gubahan hantaran. Sekian.

SUAMIKU PALING SWEET | BACA ONLINE

Imej
Assalamualaikum. Sudah tiga hari SUAMIKU PALING SWEET bersiaran di TV3! Walaupun ceritanya tak serancak macam tengok cerita 7 Hari Mencintaiku! Tapi, saya tetap mengikutinya... nak kata best sangat biasa-biasa aje sebab dah biasa sangat cerita drama kita pasal kahwin paksa ni! Hehehe... apapun boleh juga dilayan sesambil tunggu azan maghrib bergema. Atau mungkin ada suatu kelainan di pengakhiran kisah Qisha Iris dan Izz Haikal ni kan, siapa tahu? Mehlah, saya nak bagi link kepada sesiapa yang suka membaca. Sekurang-kurangnya, dapat memenuhi masa lapang. Membaca tu kan jambatan ilmu! Hehehe... macam cikgu bahasa melayu sangat! SUAMIKU PALING SWEET - Karya Anjell PROLOG ,  BAB 1 ,  BAB 2 ,  BAB 3 ,  BAB 4 ,  BAB 5 ,  BAB 6 ,  BAB 7 ,  BAB 8 ,  BAB 9 ,  BAB 10 ,  BAB 11 ,  BAB 12 ,  BAB 13 ,  BAB 14 BAB 15 ,  BAB 16 ,  BAB 17 ,  BAB 18 ,  BAB 19 ,  BAB 20 ,  BAB...

HABIT SEJAK KECIL HINGGA SEKARANG

Assalamualaikum. Dalam banyak-banyak perkara dalam dunia ni saya memang tak boleh nak lupa satu perkara ni saja... Iaitu habit sejak saya kecil sampailah sekarang! Habit atau tabiat saya paling lama dan tak boleh ditinggalkan adalah simpan barang bawah bantal. Tak kiralah barang apapun, terutamanya buku memang saya suka sangat simpan bawah bantal. Sekarang, saya simpan krim mata atau serum muka pula bawah bantal. 5 Sebab-sebab suka simpan barang bawah bantal : Senang nak cari/guna/pakai atau nak baca. Selamat tanpa gangguan sesiapa pun. Seronok sebab tersembunyi tanpa pengetahuan orang lain. Barang tu adalah barang kesayangan sangat-sangat. Tempat paling senang diingati kalau tak jumpa cari barang. Habit atau tabiat ni biasanya kita akan terbawa-bawa sejak kecil lagi dan berlarutan hingga dah tua bangka macam saya ni... Dah 3 series dah pun, masih tak boleh tinggal habit ni! Buat masa ni anak-anak belum nampak ada yang mengikut jejak langkah saya mempunyai habi...