PERKEMBANGAN BAYI MINGGU 1 - 38 YANG MENAKJUBKAN!


Assalamualaikum.

Seronoknya bila pertama kali dapat tahu diri sendiri dah mengandung kan? Melonjak-lonjak gembira hati seakan nak terkeluar! Cepat-cepat nak bagitau suami dan mak yang diri dah mengandung... hati punya teruja sampai tak terkata!

Jom kita tengok perkembangan bayi sewaktu di dalam kandungan si ibu!

Trimester pertama bermula minggu 1 hingga minggu ke 12. Biasa ibu akan berasa sedikit mual, letih dan pening tetapi ada yang mengalami morning sickness yang teruk dan boleh berlanjutan hingga minggu ke 20!















Pada minggu ke-13 semasa mengandung anak yang pertama saya pernah dirujuk ke bahagian O&G HKL sebab mengalami kesukaran bernafas dan kebas sebelah tangan (kanan) hingga tak boleh menulis pun! Saya dirujuk beberapa kali kerana bacaan ICG (graf degupan jantung) saya menunjukkan keabnormalan.

Umi saya sampai datang ke KL dan bertanya samada saya berasa kepenatan, saya cuma jawab ya sebab rasa sakit pada belakang badan seolah-olah ada benda menghempap. Kemudian umi urut belakang badan saya dalam keadaan duduk dalam setengah jam. Esoknya, saya berasa lebih lega untuk ke tempat kerja.

Pada check up seterusnya, doktor dapati bacaan ICG saya kembali normal dan bila kandungan discan juga keadaan normal dan tiada sebarang masalah. Alhamdulillah, kadangkala pembawakan budak dalam perut ni sememangnya pelbagai ragam dan cabaran kan...











Biasanya pada minggu ini saya sudah menjalankan ujian imbasan untuk kenalpasti jantina bayi. Alhamdulillah, kedua-dua bayi saya amat bagus kerana memberikan kerjasama!

Saya akan melakukan ujian imbasan pada waktu selepas asar kerana pada waktu itu bayi saya mesti aktif! Suka bermain dan sukar untuk diam di dalam perut, jadi bila doktor scan memang terus dapat melihat jantina bayi dengan jelas sekali.










Jaga-jaga tau pada masa ini kandungan boleh turun ke bawah lebih awal jika si ibu terlampau penat atau terlampau banyak berdiri! 

Usia kandungan 7 bulan bermakna mula sarat mengandung. Elakkan buat buat kerja berat atau mengangkat barang berat, bimbang baby keluar awal atau berlaku kelahiran pramatang. Banyakkan berehat dan banyakkan berjalan perlahan-lahan.




Masa ni kekerapan berlaku Brixton Contraction adalah begitu kerap... tau tak apa tu ? Kontraksi palsu je .. macam sakit nak beranak tapi masa menyerang tu tak kerap cuma setiap 10 minit sekali lepas tu hilang dalam jangkamasa pendek.




Melalui pengalaman saya sendiri ... kedua-dua bayi saya dilahirkan tepat pada usia kandungan mencecah 38 minggu! Bayi saya kedua-duanya jenis tak sabar-sabar nak keluar cepat hahaha! 

Saya memang jenis tak berapa tahan nak tunggu bayi lebih besar dan biasanya saya kerap berdoa semoga dipermudahkan untuk saya bersalin normal dan tidak mahu overdue kerana tidak mahu sebarang komplikasi terhadap bayi. 

Saya juga lebih suka kerap berjalan, memandu sendiri ke pejabat dan kadangkala masih solat dalam keadaan normal supaya kedudukan bayi seperti di dalam gambar.

Sekian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN BERSALIN KALI PERTAMA DI HOSPITAL AMPANG SELANGOR

SEBAB BAYI GIGIT PUTING PAYUDARA

BABY CHECKLIST UNTUK BAKAL IBU