Catatan

Cerita Terkini

APA ITU BREASTSLEEPING ?

Imej
Assalamualaikum. Kebanyakan ibu  yang ada bayi kecil lebih suka tidur sekatil bersama bayi atau meletakkan bayi di dalam playpen atau katil bayi? Adakah tidur sekatil dengan bayi kecil itu bahaya? Istilah 'breastsleeping' adalah merujuk pada ibu-ibu yang memberikan susu badan kepada bayinya dan tidur sekatil untuk memudahkan ibu melakukan penyusuan terhadap bayi mereka. Keadaan ini sama sekali tidak mendatangkan bahaya jika ibu tersebut sememangnya memberikan susu badan kepada bayi secara esklusif. Hal ini adalah kerana ibu-ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan adalah lebih senang terjaga jika ada perkara yang tidak kena dengan bayi mereka sewaktu sedang tidur. Wah, kedengaran bagus bukan! Sememangnya perkara yang dinyatakan oleh pakar penyusuan ini ada kebenarannya. Saya pernah ada pengalaman sepanjang melaksanakan penyusuan susu ibu kepada bayi-bayi saya sendiri.  Selesai berpantang anak yang pertama, saya mengambil keputusan untuk pulang semula ke rumah s

CARA URUS SUSU IBU PERAHAN ATAU EBM

Imej
Assalamualaikum. Tentu ada ibu-ibu yang dah lupa bagaimana nak uruskan susu ibu perahan bila dah bertahun jarak antara anak pertama dengan yang bakal lahir nanti kan? Kalau ada yang masih ingat pun mesti samar-samar dan ragu-ragu nak buat kan? So, jom tengok ilustrasi kat bawah ni yang mampu menerangkan secara ringkas dan mudah untuk difahami bagaimana nak urus susu ibu perahan. Kenapa penting sangat untuk kena tahu cara pengurusannya? Kerana jika silap urus, susu ibu perahan tidak akan lagi membekal khasiat susu ibu sewajarnya untuk anak-anak anda. Mulai sekarang, ibu-ibu perlu lebih ilmu kerana kebanyakan ibu menyusukan bayi secara eksklusif adalah berkerjaya dan bekerja dari rumah bukan? Maka, ibu-ibu tak boleh malas untuk ambil peduli ilmu berkaitan penyusuan susu ibu ya. Jika masih rasa ragu-ragu, ibu boleh rujuk kepada pakar laktasi yang boleh memberikan khidmat nasihat kepada anda melalui pelbagai cara seperti e-mel, media sosial mahupun kaunseling.

PENGALAMAN MENGANDUNG ANAK KEDUA

Imej
Assalamualaikum. Kali ini saya nak berkongsi sikit kisah dan pengalaman saya mengandung anak kedua. Saya dikurniakan cahaya mata kedua ini dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Sebenarnya, saya dapat tahu mengandung kali kedua pada umur anak sulung saya baru 8 bulan. Terlalu awal dan langsung saya dan suami tidak menjangkakan ia secepat ini. Maklumlah, bila terlepas pandang sesuatu perkara kita takkan perasan rezeki yang datang secara tak sengaja. Berbanding anak pertama, mengandung anak kedua adalah sangat berbeza kerana tiada langsung mabuk atau alahan mengandung yang saya alami kecuali tubuh badan saya mengalami gatal-gatal. Sampai saya terpaksa ke hospital mengambil ubat-ubatan untuk menghilangkan kegatalan. Saya cuma tahu mengandung pada usia kandungan 18 minggu, itupun selepas saya mengesyaki diri mengandung disebabkan perut yang semakin membuncit. Sebenarnya, setiap bulan saya tetap ada spotting @ tanda sedikit tompokan darah pada tarikh datang haid, maka sa

BABY CHECKLIST UNTUK BAKAL IBU

Imej
Assalamualaikum. Hai, bakal ibu yang pertama kali atau dah beberapa kali melahirkan bayi. Tentu tak lengkap sekiranya anda tidak menyediakan  checklist seperti gambar kat bawah ni kan? Tak kira walaupun sudah kali ke - 3 nak menyambut kelahiran bayi anda, senarai semak atau checklist seperti ini sangat diperlukan agar segala keperluan yang penting tidak tertinggal semasa bakal ibu menyediakan segala keperluan tersebut. Keperluan seperti dalam gambar di bawah ini adalah paling lengkap untuk menyenaraikan semua kelengkapan ibu dan bayi serta barang yang perlu di bawa semasa hendak ke hospital. Senarai semak di bawah ini pula adalah keperluan semasa menanti saat kelahiran bayi hingga bayi selamat dilahirkan. Sekiranya anda memilih untuk melahirkan bayi secara c-section , anda boleh membawa pakaian bayi sebanyak 4-5 pasang kerana kelahiran cara pembedahan memerlukan anda tinggal di hospital melebihi 2 hari berbanding melahrkan bayi secara normal. Di harap anda

KELI MASAK SAMBAL MUDAH DAN RINGKAS

Imej
Assalamualaikum. Salam Ramadhan Al-Mubarak!  Hari ni saya nak share sikit makanan kegemaran saya semasa iftar . Kalau tak ada lauk keli masak sambal ni rasanya tak lengkap nak berbuka bersama keluarga.  Walaupun saya bukan orang nogori, tapi saya sangat menyukai hidangan ikan keli, lebih-lebih lagi keli yang di masak lemak cili api. Sebab itu, saya masak ikan keli cara tersendiri! Inilah hasilnya!  Eh, mudah sangat tau menyediakannya semudah A, B, C!  Jom, saya kongsikan resepi ringkas untuk menu iftar kali ini dengan anda di bulan mulia ini. Walaupun anda bekerja... rasanya menu ini sesuai sebab sangat mudah disiapkan.  Bahan A Ikan Keli (disiang) : 3-4 ekor Garam : Secukup rasa Kunyit : Secukup rasa Asam keping : 3-4 keping Bahan B Cili pes : 3-4 sudu besar Bawang merah besar : 2 biji Bawang putih ; 3 ulas Udang kering : Segenggam  (boleh guna ikan bilis jika tidak mahu guna udang kering) Gula : 2 sudu besar Garam : 1 camca t

KOTEX ODOR - CARE DENGAN BAU DAUN SIRIH ATAU LAVANDER

Imej
Assalamualaikum. Waktu datang bulan setiap wanita mood berbeza-beza dan adakalanya rasa kurang selesa untuk menjalankan aktiviti bersama rakan-rakan atau aktiviti luar yang lain sebab risau masalah bau! Seriously, saya pun kadang-kadang terasa macam tu, lebih lagi bila nak uruskan keluarga dari awal pagi sampai malam. Anak-anak pula kadangkala suka meragam... Jadi, takkanlah asyik nak ke tandas dan berlama-lama di dalam tu kan? Sekarang , dah tak payah risau sebab Kotex dengan Odor-Care ni mampu mencegah dari kebocoran dan bau yang tidak menyenangkan tau! Paling BEST bila pakai tu bau ramuan dari pati minyak semulajadi daun sirih atau lavender sangat wangi dan rasa selesa untuk dipakai. Saya ni jenis cerewet sikit lebih lagi bila time nak mencuci pad. Biasanya, saya akan memilih pada yang tiada kandungan gel untuk lebih mudah mencucinya.  Awak semua tak payah bimbang, Kotex dengan Odor-Care ni amat mudah untuk dicuci walaupun selepas digunakan sepanjang

TATI DAN MOLEEK SKINCARE BAHAYAKAN PENGGUNA

Imej
Assalamualaikum. Penggunaan skincare yang mempunyai bahan kimia bukan baru di Malaysia ni, tapi sebab ada pelanggan yang sukakan kulit putih melepak walaupun hakikatnya kulit tu memang warna coklat.  Makanya ramailah pengusaha tak bertanggungjawab ni buat produk yang mampu milik lah, boleh putih dalam masa 3 hatilah, boleh hilangkan terus jerawat dan jeragat lah... Memang tak patut! Ada yang pakai kulit terus bagi reaksi mengejut, mengelupas , pedih dan sakit. Pengguna takut dan terus stop, bernasib baiklah sebab dah tak terjebak. Tetapi ada yang pakai kulitnya masih elok dan semakin licin. Bila dapat kulit macam tu, ramailah testimoni luar biasa cakap .. produk ni bagus, produk terbaik dan diiktiraf KKM. Walhal, pihak KKM cuma keluarkan nombor siri produk yang didaftar kan di Malaysia sebab ia dikeluarkan oleh pengilang di Malaysia, bukan nombor siri keselamatan untuk produk pun.  Tapi ramai pengedar yang taksub ni akan cakap produk ni selamat dan testimoni pengguna sa