APA ITU BREASTSLEEPING ?
Assalamualaikum. Kebanyakan ibu yang ada bayi kecil lebih suka tidur sekatil bersama bayi atau meletakkan bayi di dalam playpen atau katil bayi? Adakah tidur sekatil dengan bayi kecil itu bahaya? Istilah 'breastsleeping' adalah merujuk pada ibu-ibu yang memberikan susu badan kepada bayinya dan tidur sekatil untuk memudahkan ibu melakukan penyusuan terhadap bayi mereka. Keadaan ini sama sekali tidak mendatangkan bahaya jika ibu tersebut sememangnya memberikan susu badan kepada bayi secara esklusif. Hal ini adalah kerana ibu-ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan adalah lebih senang terjaga jika ada perkara yang tidak kena dengan bayi mereka sewaktu sedang tidur. Wah, kedengaran bagus bukan! Sememangnya perkara yang dinyatakan oleh pakar penyusuan ini ada kebenarannya. Saya pernah ada pengalaman sepanjang melaksanakan penyusuan susu ibu kepada bayi-bayi saya sendiri. Selesai berpantang anak yang pertama, saya mengambil keputusan untuk pulang semula ke rumah s