Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2017

CARA URUS SUSU IBU PERAHAN ATAU EBM

Imej
Assalamualaikum. Tentu ada ibu-ibu yang dah lupa bagaimana nak uruskan susu ibu perahan bila dah bertahun jarak antara anak pertama dengan yang bakal lahir nanti kan? Kalau ada yang masih ingat pun mesti samar-samar dan ragu-ragu nak buat kan? So, jom tengok ilustrasi kat bawah ni yang mampu menerangkan secara ringkas dan mudah untuk difahami bagaimana nak urus susu ibu perahan. Kenapa penting sangat untuk kena tahu cara pengurusannya? Kerana jika silap urus, susu ibu perahan tidak akan lagi membekal khasiat susu ibu sewajarnya untuk anak-anak anda. Mulai sekarang, ibu-ibu perlu lebih ilmu kerana kebanyakan ibu menyusukan bayi secara eksklusif adalah berkerjaya dan bekerja dari rumah bukan? Maka, ibu-ibu tak boleh malas untuk ambil peduli ilmu berkaitan penyusuan susu ibu ya. Jika masih rasa ragu-ragu, ibu boleh rujuk kepada pakar laktasi yang boleh memberikan khidmat nasihat kepada anda melalui pelbagai cara seperti e-mel, media sosial mahupun kaunseling.

PENGALAMAN MENGANDUNG ANAK KEDUA

Imej
Assalamualaikum. Kali ini saya nak berkongsi sikit kisah dan pengalaman saya mengandung anak kedua. Saya dikurniakan cahaya mata kedua ini dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Sebenarnya, saya dapat tahu mengandung kali kedua pada umur anak sulung saya baru 8 bulan. Terlalu awal dan langsung saya dan suami tidak menjangkakan ia secepat ini. Maklumlah, bila terlepas pandang sesuatu perkara kita takkan perasan rezeki yang datang secara tak sengaja. Berbanding anak pertama, mengandung anak kedua adalah sangat berbeza kerana tiada langsung mabuk atau alahan mengandung yang saya alami kecuali tubuh badan saya mengalami gatal-gatal. Sampai saya terpaksa ke hospital mengambil ubat-ubatan untuk menghilangkan kegatalan. Saya cuma tahu mengandung pada usia kandungan 18 minggu, itupun selepas saya mengesyaki diri mengandung disebabkan perut yang semakin membuncit. Sebenarnya, setiap bulan saya tetap ada spotting @ tanda sedikit tompokan darah pada tarikh datang haid, maka sa

BABY CHECKLIST UNTUK BAKAL IBU

Imej
Assalamualaikum. Hai, bakal ibu yang pertama kali atau dah beberapa kali melahirkan bayi. Tentu tak lengkap sekiranya anda tidak menyediakan  checklist seperti gambar kat bawah ni kan? Tak kira walaupun sudah kali ke - 3 nak menyambut kelahiran bayi anda, senarai semak atau checklist seperti ini sangat diperlukan agar segala keperluan yang penting tidak tertinggal semasa bakal ibu menyediakan segala keperluan tersebut. Keperluan seperti dalam gambar di bawah ini adalah paling lengkap untuk menyenaraikan semua kelengkapan ibu dan bayi serta barang yang perlu di bawa semasa hendak ke hospital. Senarai semak di bawah ini pula adalah keperluan semasa menanti saat kelahiran bayi hingga bayi selamat dilahirkan. Sekiranya anda memilih untuk melahirkan bayi secara c-section , anda boleh membawa pakaian bayi sebanyak 4-5 pasang kerana kelahiran cara pembedahan memerlukan anda tinggal di hospital melebihi 2 hari berbanding melahrkan bayi secara normal. Di harap anda