Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2017

SHH.. I LOVE YOU BAB 1-15 | BACA ONLINE

Imej
Assalamualaikum. Eh, dah nak mula drama bersiri yang terbaru kat TV3 pada 3 April 2017 nanti. Baca sinopsis dah rasa menarik. Sekarang, cuba awak semua baca online pulak .. yang ada pun awal bab aje sebagai nak warm up sebelum sesi menonton episod demi episod kat televisyen pulak nanti! Bab 1  ,  Bab 2  ,  Bab 3  ,  Bab 4  ,  Bab 5  ,  Bab 6  ,  Bab 7  ,  Bab 8  ,  Bab 9  ,  Bab 10  ,  Bab 11  ,  Bab 12  ,  Bab 13  ,  Bab 14  ,  Bab 15 Selamat membaca lah yea! Saya tau ada sesetengah orang lagi minat baca novel dari tengok drama kat televisyen, ada juga yang suka kedua-duanya sekali. Apapun enjoy okey ..  Sekian.

SINOPSIS DRAMA SHH.. I LOVE YOU

Assalamualaikum. Drama terbaru ini bakal ditayangkan di TV3 pada 3 April 2017. Tak sabar pula rasanya nak ikuti drama bersiri lepas baca sinopsis ni! NOVEL SHH.. I LOVE YOU NUR NADIA OMAR… Keceriaan luaran tidak dapat menutup kekurangan yang ada pada dirinya. Hidupnya yang penuh liku dan membuatkan hanya kematian saja yang dia fikirkan dek kisah silam yang menjadikan diri masih bernyawa sehingga kini. Dan kerana itu, kesukaran hidupnya mula diterangi cahaya kebahagiaan apabila hadir si teruna idaman hati. Dapatkah si jejaka menerima kekurangan dirinya? AHMAD AIDAN AHMAD ABHAR… Kerana kecewa, dia membawa diri yang lara kesepian dan menumpukan perhatian pada kerjaya di awan biru. Namun, pertemuan tak dirancang dengan seorang gadis yang berkerjaya tidak jauh beza dengan skop kerjanya telah membawa satu perubahan baru buat dirinya. Dan kerana itu, mampukah kehadiran si gadis pengganti merawat luka dalam hati Aidan yang masih terpendam lagi? “Awak sanggup terima apa s

PERSEDIAAN SUSU IBU BAGI IBU BEKERJA

Imej
Assalamualaikum. Ramai newbie mommy yang pening kepala bila tinggal sebulan lagi nak naik kerja kan?  Sebab apa, sebab bayi menyusu badan dan ibu-ibu nak teruskan juga penyusuan hingga bayi 6 bulan pertama, hingga umur bayi setahun dan seterusnya hinggalah umurnya cukup 2 tahun. Paling penting ibu-ibu ibu kena sediakan pam susu paling selesa yang akan digunakan sebagai gajet pengganti bayi semasa di tempat kerja.  Tapi sebelum tu, ibu-ibu dah perlu mula melakukan perahan 2 bulan awal sebelum masuk kerja. Susu perahan perlu disimpan mengikut tempoh yang disediakan seperti dibawah.  Perlu dibezakan antara susu dari simpanan chiller dan simpan sejuk beku atau frozen. Kemudian sebulan sebelum naik kerja, ibu-ibu perlu melatih bayi menggunakan botol dan susu perahan yang disimpan tadi.  Semasa latihan pastikan tidak melakukannya secara mendadak ya .. tetapi secara berperingkat - peringkat. Masa ajar bayi ni ibu-ibu perlu keras hati sikit, maklumlah

URUTAN MAMPU PERBANYAKKAN SUSU BADAN

Imej
Assalamualaikum. Bagi ibu-ibu yang sedang mengandung atau baru melahirkan boleh mengamalkan urutan susu untuk melancarkan pengaliran susu. Ia adalah sebagai salah satu alternatif memperbanyakkan susu badan selain mengambil pemakanan seimbang dan melakukan sesi mengepam susu. Ibu yang sedang mengandung seeloknya melakukan urutan susu pada usia kandungan 7 - 8 bulan kerana pada waktu inilah kelenjar susu mula aktif dan mula merembeskan hormon pengeluaran susu ibu. Apabila melahirkan bayi, awak semua akan lebih mudah menyusukan untuk memberi susu awal atau kolostrum untuk bayi. Biasanya, susu awal ibu adalah begitu pekat dan berwarna kekuningan. Kemudian selesai melahirkan, ibu - ibu digalakkan untuk berurut susu kembali bagi melancarkan pengaliran susu kerana ada sesetengah ibu yang mula merasai bengkak susu atau susu tersekat di payudara sukar untuk keluar. Seeloknya, selepas sehari dua melahirkan bayi, ibu - ibu perlu terus berurut susu agar bayi kurang beris

JOM KE MUZIUM MAMEE JONKER HOUSE MELAKA

Imej
Assalamualaikum. Hai, masih dalam mood bercuti lagi? Atau sedang merancang percutian ke Melaka? Kalau awak semua beli Pek Mamee hari ni, awak boleh dapat diskaun RM 2 untuk tiket masuk ke Muzium Mamee Jonker House yang bertempat di Melaka! Cuma perlu beli pek Mamee 10 pcs pek kecil Mamee di dalamnya, awak semua akan dapat baucer diskaun tersebut di hadapan pek tersebut. Baucer diskaun tersebut hanya boleh dipakai hingga 30 Jun 2017 sahaja! Jom beli banyak-banyak Mamee dan pergi melawat Muzium Mamee di Melaka. Jadi, nak tunggu apa lagi! Cepat pergi beli Mamee dan kumpul baucer untuk dapatkan diskaun bagi tiket masuk ke Jonker Hause sekarang! Sekian.

MUKMIN'S HOMESTAY, BUKIT BERUANG, MELAKA

Imej
Assalamualaikum. Alhamdulillah, selesai sudah family day belah suami kat sini.  Mukmin's Homestay ni ada Banglo A dan Banglo B yang biliknya bersambung (connection). So, tak akan adalah kes individu jadik kera sumbang bila aktiviti family day kan sebab semua family berkumpul tempat yang sama.  Kalau ada yang jenis suka duduk dalam bilik pun boleh tau aktiviti yang berlaku kat luar. Setiap bilik ada bilik air sendiri, mini fridge, ada kettle, sejadah dan televisyen. Mana yang ada anak kecik nak kena buat susu tu, tak perlulah nak ke ruang tamu untuk ke dapur bagai. Sebab terlalu leka nak melayan anak-anak mandi kolam, saya sampai lupa nak snap gambar bilik . Hehehe Jalan nak masuk memang kecik aje .. terus boleh masuk ke dalam dan parking di hadapan Banglo B. Depan banglo A pun boleh parking tapi dalam 2-3 buah kereta aje yang muat. Saya dan suami sampai awal . So, boleh ambil gambar pemandangan tempat ni. Keadaan sangat bersih dan terjaga

COCONUT SHAKE KLEBANG, MELAKA

Imej
Assalamualaikum. Hai, tak lama lagi dah nak Ramadhan! Jadi sebelum tu meh laa .. puas -puas berjalan sambil cari makanan sedap-sedap untuk dinikmati .. Alhamdulillah, haritu saya ke Melaka sebab ada family day keluarga mertua. Dapatlah bawak anak-anak berjalan. Puas juga fikir nak ke mana .. tapi saya lebih teringin nak rasa coconut shake Klebang! Seriously, sebenarnya saya tak pernah lagi minum coconut shake ni! First time minum.. not bad lah! Sedap sebab rasanya yang lemak berkrim dengan aiskrim vanilla di atasnya tu buat tekak rasa sejuk dan puas sepanjang sedutan hingga yang terakhir! Harga secawan memang diluar jangkaan sebab kat KL atau luar area Klebang sekalipun mesti dah cecah RM 3.50 satu cawan. Tapi yang ni dahlah dapat minum kat Klebang, dalam cawan siap aiskrim vanilla yang harganya cuma RM 2.40 jer! Menurut pekerja disitu paling special coconut shake pon cuma RM 2.70 jer! Hanya di Klebang, luar aje area Klebang tak dapat dah harga

CARA NAK TAHU PRODUK ANDA MENGANDUNGI HYDROKUINON

Imej
Assalamualaikum. Hai awak semua! Siapa yang tak nak kan ada kulit floles macam bayi yang tak ada sedikitpun cela, tapi awak semua janganlah cepat sangat terpedaya dengan pelbagai produk baru yang tidak diketahui sumber asalnya dari mana.  Ada sesetengah founder skincare canang produk yang dihasilkannya adalah organik tapi makin lama pakai makin pelik! Hati-hati ya awak semua... baik awak semua check sekiranya skincare awak semua ada tanda-tanda seperti dibawah ini okey! Apa itu HIDROKUINON ?  Ia sejenis bahan kimia yang membunuh sel dalam kulit yang menghasilkan pelindung semulajadi daripada panahan cahaya matahari, Apabila sel ini dimatikan, kulit muka akan kelihatan lebih cerah dan putih dalam tempoh singkat! Cerah dan putih itu tidak asli. 1. Krimnya berbau tajam dan teksturnya sedikit melekit apabila disapu pada kulit. 2. Tuangkan sedikit toner yang puan sedang gunakan itu pada kapas muka. Biarkan seketika terdedah dengan cahaya matahari. Toner a

BAGAIMANA REAKSI BAYI BILA NAK MENYUSU?

Imej
Assalamualaikum. Bila kita menyusukan bayi sendiri secara automatiknya kita ni sebagai ibu ada naluri yang kuat sekiranya berlaku sesuatu terhadap bayi atau merasai perasaan si bayi. Saya sendiri pada mulanya tidak perasan tentang hal ini sehinggalah setelah beberapa hari bayi kedua saya dilahirkan. Nadeem Khalish selepas beberapa hari dilahirkan mengalami jaundice yang sangat tinggi sampai terpaksa berada duduk di bawah 3 lampu bilirubin kerana tahap ketinggian jaundice hingga 300% apabila diperiksa di klinik kesihatan kerajaan. Dalam kadar segera, dia dibawa ke Hospital Temerloh atau dikenali sebagai HOSHAS untuk ditahan di NICU. Sampai wad untuk mendaftar, doktor dah terangkan tentang keadaan Nadeem sekiranya jaundice yang dihadapinya masih berada dalam tahap terlalu tinggi, doktor perlu menukar darah bayi. Alhamdulillah, petang itu juga tahap jaundice Nadeem menurun hingga 280% sahaja. Lampu bilirubin juga cuma 2 sahaja yang diperlukan. Saya kerapkan menyusu badan

PERKEMBANGAN BAYI MINGGU 1 - 38 YANG MENAKJUBKAN!

Imej
Assalamualaikum. Seronoknya bila pertama kali dapat tahu diri sendiri dah mengandung kan? Melonjak-lonjak gembira hati seakan nak terkeluar! Cepat-cepat nak bagitau suami dan mak yang diri dah mengandung... hati punya teruja sampai tak terkata! Jom kita tengok perkembangan bayi sewaktu di dalam kandungan si ibu! Trimester pertama bermula minggu 1 hingga minggu ke 12. Biasa ibu akan berasa sedikit mual, letih dan pening tetapi ada yang mengalami morning sickness yang teruk dan boleh berlanjutan hingga minggu ke 20! Pada minggu ke-13 semasa mengandung anak yang pertama saya pernah dirujuk ke bahagian O&G HKL sebab mengalami kesukaran bernafas dan kebas sebelah tangan (kanan) hingga tak boleh menulis pun! Saya dirujuk beberapa kali kerana bacaan ICG (graf degupan jantung) saya menunjukkan keabnormalan. Umi saya sampai datang ke KL dan bertanya samada saya berasa kepenatan, saya cuma jawab ya sebab rasa sakit pada belak